Wednesday, 16 May 2018

Apa Hukum Jual Produk Tiruan atau Fake Yang Boleh Memudaratkan Pengguna?

Assalamualaikum,

Sepertimana yang anda semua tahu, ada 2 jenis produk DMS iaitu original dari syarikat DMS Three Sixty dan keduanya yang tiruan. Sejak tahun 2016 kami menyaksikan pelbagai produk tiruan DMS sehingga ianya merosakan nama DMS itu sendiri. Rata-rata pelanggan DMS terbeli dan terpedaya kerana harga murah yang diberikan sehingga terlupa untuk semak dahulu sama ada produk itu original ataupun palsu. 

Penjual palsu juga ada. Produk palsu DMS apatah lagi merata-rata diedarkan di Kedai Jamu.

Kes terbaru apabila pelanggan saya menunjukkan seorang hamba Allah ini memberikan beliau gambar kad agen sah DMS yang ditutup nombor sirinya yang mana secara sah beliau bukan agen DMS.

Tahukah Anda?

Setiap Agen SAH DMS perlu membeli kad VIP/VVIP dan berdaftar di syarikat?

Mereka perlu memberikan nama penuh, no telefon, alamat dan no kad pengenalan mereka sebagai rekod dan catitan bagi pihak DMS.




Apa Hukum Jual Produk Tiruan?

Saya kongsikan 2 pendapat ulama kita, Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Azhar Idrus

Hukum Menjual Barangan Tiruan


Hukum Jual Barang Tiruan dan Kata Original

Syarikat DMS telah berada di pasaran dan berusaha hingga ke tahap ini. Anda dengan mudah mencetak dan mengedarkan produk tiruan malah tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan muka pelanggan. Malah apabila berlaku kerosakan pada pelanggan DMS, syarikat DMS360 terpaksa menanggung fitnah dan beban daripada gejala tidak baik ini. Saya berharap agar kalian semua diperoleh hidayah Allah.

Bagi pelanggan DMS pula, pastikan anda sentiasa semak dahulu sebelum membeli. Jangan kerana nak murah anda kemudian rosak wajah, rosak badan kemudian menyalahkan DMS secara berleluasa.

Produk DMS tiada diedarkan kepada pemborong mahupun kedai-kedai jamu/kecantikan. 


Sila dapatkan produk DMS hanya pada AGEN SAH DMS yang berdaftar sahaja.




Kepada kawan-kawan yang berniaga barang tiruan.. Mungkin anda tak tahu atau tak perasan tentang perkara ini. Saya harap dengan pencerahan dari video Ustaz Zaharuddin ni dapat memberi sedikit panduan untuk anda.

Kepada yang ada kawan-kawan yang berniaga barang tiruan sila sampaikan perkara ini kepada mereka. Atau lebih mudah sharekan je entri ini. Senang je… Klik je butang share kat bawah ni.



Ok.. Semoga bermanfaat.. Jumpa lagi di entri seterusnya..

Tuesday, 15 May 2018

Tips Minum 2 Liter Air Masak Semasa Berpuasa di Bulan Ramadhan

Apabila kita berpuasa, tubuh akan kehilangan banyak cecair. Oleh itu, kita perlu memastikan pengambilan air kosong yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang telah hilang semasa kita berpuasa. Jika air yang diganti terlalu sedikit, kita mungkin akan berisiko untuk mengalami dehidrasi. Malah pengambilan air kosong tetap kritikal bagi anda yang mengambil suplemen atau ubatan dan ini merupakan salah satu cara untuk anda kekal hidrasi walaupun semasa berpuasa.

Ramai bertanya kepada saya, bagaimana cara nak amalkan 2 Liter air masak sehari terutamanya di bulan Ramadhan. Bagi pengguna DMS yang mengambil produk kurus, atau kopi dan juga supplemen kecantikan tertanya-tanya cara terbaik untuk kalian habiskan 2 liter air masak ni sepanjang bulan ramadhan.


Jika anda masih tercari-cari tips minum air banyak semasa di bulan puasa ini, saya kongsikan dengan anda di bawah.

Formula MUDAH DAN RINGKAS
2Liter AIR = 8 GELAS AIR
1 GELAS AIR = 250ml AIR


Untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air putih, cuba bahagi-bahagikan pengambilan air kosong mengikut masa ini :

1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
1 gelas selepas selesai makan sahur
1 gelas selepas azan maghrib, sebelum makan makanan berat
1 gelas selepas solat maghrib
1 gelas selepas makan makanan berat
1 gelas selepas solat isyak
1 gelas selepas solat terawikh
1 gelas sebelum tidur



atau anda boleh mencuba cara kedua


SAHUR – 2 GELAS AIR
BUKA PUASA – 2 GELAS AIR. Ini termasuk jus buah-buahan atau susu rendah lemak
SELEPAS TARAWIKH – 1-2 GELAS AIR
SEBELUM TIDUR – 2-3 GELAS AIR


OK, kalau kita ikut 4 langkah tersebut kita dah capai 2 Liter sehari sehari kan? Nah..!!


Cukup 8 gelas sehari semasa di bulan puasa ni. :)


Cara Amalkan Produk Kurus DMS Fat Loss dan Fat Away di Bulan Puasa


Selepas bangun tido dan ambil segelas air suam dan sedikit kurma, mula telan 1 biji Fat Loss atau Fat Away. Rehat seketika dan uruskan urusan sahur anda, rehatkan badan 30 minit dahulu kemudian bolehlah ambil makanan berat seperti nasi, dan lain-lain. Ikuti tips minum air masak semasa di bulan puasa untuk pastikan badan air kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.


Semoga artikel ini bermanfaat!

13 Manfaat dan Kebaikkan Minum Air Suam kepada Tubuh Badan



Majoriti daripada kita tahu bahawa pengamalan kepada gaya hidup sihat antaranya adalah dengan pengambilan air kosong/masak. Doktor sendiri sering menasihatkan bahawa sehari badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Walau bagaimana pun kebanyakan orang tidak tahu tentang manfaat hebat apabila meminum air panas atau suam dan manfaat ini tidak diperolehi dari apabila kita minum air sejuk.

Berikut adalah 13 manfaat minum air panas:



1. Menurunkan Berat Badan
Manfaat air suam yang paling utama adalah mengekalkan kadar metabolisme yang sihat. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan cara terbaik adalah dengan mengamalkan meminum segelas air suam dengan perahan lemon pada awal pagi. Ini membantu badan memulakan hari dengan kadar metabolisma yang sihat dan sebagai tambahan, air panas juga membantu untuk memecahkan tisu adipos (lemak badan) dalam badan anda.


2. Membantu Mengurangkan Kesesakan Hidung dan Tekak
Minum air panas adalah ubat semulajadi yang sangat baik untuk selsema, batuk dan sakit tekak. Ia melarut kahak dan juga membantu untuk mengeluarkannya dari saluran pernafasan anda. Oleh itu, ia boleh memberikan kelegaan daripada sakit tekak membersihkan hidung dari tersumbat.


3. Kekejangan Sewaktu Haid
Air panas juga boleh membantu dalam mengurangkan senggugut. Kepanasan air mempunyai kesan menenangkan pada otot abdomen, yang akhirnya boleh membantu menyembuhkan kekejangan.


4. Badan Detoksifikasi
Air panas hebat untuk membantu badan anda untuk detox. Apabila anda minum air panas, suhu badan anda mula meningkat, yang menyebabkan anda mula berpeluh. Perpeluhan membantu untuk mengeluarkan toksin dari badan. Untuk hasil detox yang optimum sila tambah perahan limau sebelum meminumnya.


5. Mencegah penuaan pra-matang
Toksin didalam badan akan membuat anda nampak tua lebih cepat. Meminum air suam membantu badan untuk detox, membantu membaiki sel-sel kulit yang rosak seterusnyameningkatkan keanjalan kulit.


6. Mencegah Jerawat dan Jerawat
Air suam membantu meningkatkatkan perpeluhan yang akan membersihkan badan seterusnya menghapuskan punca jangkitan berkaitan jerawat.


7. Rambut Sihat dan Berkilau
Minum air panas juga baik untuk mendapatkan rambut lembut dan berkilau. Ia memberi tenaga pada hujung saraf di dalam akar rambut anda dan menjadikan mereka aktif. Ini memberi manfaat untuk mendapatkan kembali daya hidup semula jadi rambut dan menjaganya agar tetap sihat.


8. Menggalakkan pertumbuhan rambut
Air panas menggalakkan aktiviti biasa daripada akar rambut dan seterusnya mempercepatkan pertumbuhan rambut.



9. Mencegah Kelemumur
Air panas memelihara kulit kepala dari terhidrat dan mengelak dari kulit kepala kering atau berkelemumur.


10. Meningkatkan peredaran darah dan Menggalakkan Sistem Saraf Sihat
Satu lagi faedah penting minum air panas adalah ia meningkatkan peredaran darah, yang penting untuk otot yang betul dan aktiviti saraf. Di samping itu, ia memastikan sistem saraf yang sihat dengan memecahkan deposit lemak di sekitarnya.


11. Penghadaman
Air panas amat bermanfaat untuk pencernaan. Kajian telah menunjukkan bahawa minum air sejuk semasa atau selepas makan boleh mengeraskan minyak dalam makanan yang dimakan. Ini boleh membuat timbunan lemak pada dinding usus, yang akhirnya boleh menyebabkan kanser usus. Walau bagaimanapun, jika anda menggantikan segelas air sejuk dengan air suam, anda boleh mengelakkan masalah ini. Disamping itu air suam juga bermanfaat untuk membantu pencernaan selepas makan.


12. Pergerakan Usus
Air panas membantu untuk pergerakan usus yang sihat. Dehidrasi boleh menyebabkan masalah kronik yang menyebabkan sembelit. Najis akan mula terkumpul di dalam usus anda dan menyebabkan pergerakan usus menjadi perlahan. Ia sentiasa disyorkan bahawa anda mengambil segelas air panas atau suam setiap pagi ketika perut anda kosong. Ia menguraikan apa-apa bahan makanan sisa dan membuat pergerakan zarah licin dan kurang menyakitkan melalui usus.


13. Penyakit-penyakit Kronik Lain Juga Dapat Dihilangkan Hasil Dari Meminum Air Suam
Sekumpulan Doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 100% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan, termasuk penyakit sakit kepala, migrain, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, sakit sendi, tiba-tiba meningkatkan dan mengurangkan denyutan jantung, epilepsi, tahap peningkatan kolesterol, batuk, rasa tidak selesa badan, sakit Golu, asma, penyakit batuk kokol, penyumbatan pembuluh darah, yang berkaitan dengan rahim dan air kencing, masalah perut, kurang selera makan, juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga dan tekak.

Terapi air panas akan menyelesaikan isu-isu kesihatan dalam tempoh yang sewajarnya:



  • Diabetes dalam 30 hari
  • Tekanan darah dalam masa 30 hari
  • Isu-isu yang berkaitan perut dalam masa 10 hari
  • Semua jenis kanser dalam 9 bulan
  • Tersumbat urat dalam 6 bulan
  • Kekurangan kelaparan (Kurang selera makan) Dalam tempoh 10 hari
  • Rahim dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari
  • Hidung, Telinga & Tekak masalah dalam 10 hari.
  • Wanita masalah Dalam masa 15 hari,
  • penyakit jantung dalam 30 hari
  • Sakit kepala / Migrain dalam 3 hari
  • Tekanan darah rendah dalam 30 hari.
  • Kolesterol dalam 4 bulan
  • Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan
  • Asma dalam 4 bulan.


CARA PENGGUNAAN AIR SUAM


Bangunlah pagi-pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam ketika perut kosong. Jangan makan apa-apa 45 minit selepas itu. Anda mungkin tidak dapat minum 4 gelas pada peringkat awal, tetapi perlahan-lahan anda boleh lakukan.

AIR SEJUK TIDAK BAIK UNTUK ANDA:


Pada masa lalu, orang pernah berkata bahawa jika air sejuk tidak memberi kesan kepada anda pada usia muda, ia akan membahayakan kamu untuk jangka masa lama

  1. Air sejuk menutup 4 urat jantung ♥ dan menyebabkan serangan jantung
  2. Minuman sejuk adalah sebab utama untuk Serangan Jantung.
  3. Air Sejuk menimbulkan masalah di dalam hati; menjadikan lemak terjebak dengan hati. Kebanyakan orang menunggu untuk pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.
  4. Air sejuk memberi kesan dinding dalaman perut.
  5. Air sejuk memberi kesan perut dan usus besar dan menyebabkan kanser.

Rujukan: https://mayanaturale.wordpress.com/2016/09/19/13-manfaat-minum-air-suam/


Mulai hari ini, bolehlah kita mula mengamalkan pengambilan air suam untuk kesihatan tubuh badan kita! Malahan, dengan merubah daripada air kosong suhu bilik ke air suam, proses penyingkiran toksin dengan pengambilan supplemen kurus DMS juga mampu berlangsung dengan lebih pantas lagi. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda sekalian. 

Rahim Kongsi Tips Turun 16.6 Kg Dalam Masa 10 Hari

Rahim Kongsi Tips Turun 16.6 Kg Dalam Masa 10 Hari

Selepas 10 hari menjalani program Misi XL Rahim, penyampai radio Sinar, Rahim Sepahtu berjaya menurunkan beratnya sebanyak 16.6 kilogram (kg).

Program dianjurkan Sinar FM itu bertujuan untuk memberi peluang kepada Rahim menjalani gaya hidup sihat disamping menurunkan berat badan daripada saiz XXL kepada XL.

Rahim diberikan masa selama lima minggu untuk menurunkan berat badannya sekurang-kurangnya 25kg.

Berat asal Rahim sebelum menyertai program tersebut adalah 125.4kg dan terkini adalah 108.8kg.

Bukan mudah untuk menjalani program itu kerana Rahim perlu mengawal pemakanannya dan hanya makan makanan tertentu sahaja setiap hari.

Selain mengawal pemakanan, Rahim juga turut menjalani senaman dan latihan setiap hari dibantu oleh dua orang coach iaitu Agam dan Aminah.

Rahim berkongsi 5 tips yang diamalkan sepanjang program tersebut:

1. Elak Makanan Manis dan Masin
"Saya sudah berhenti minum air manis terutama minuman bikarbonat kerana saya tidak ambil gula langsung. Jika saya mahu rasa manis saya akan guna gula stevia sahaja. Kalau pergi kedai mamak, saya akan order air limau tanpa gula dan kemudian memasukan gula stevia yang saya bawa ke mana-mana. Makanan saya pun tiada garam atau perasa langsung,"

2. Tak Makan Nasi
"Saya tak ambil nasi langsung sepanjang program ini. Jika saya mahu sangat makan nasi, saya hanya ambil brown rice sahaja. Brown rice pun saya ambil dalam dua sudu sahaja,"

3. Tidak ambil makanan berminyak
"Kalau saya makan ayam ia hanya direbus atau dibakar sahaja tanpa garam. Selain itu saya juga makan salmon grilled. Protein ini yang memberi saya tenaga kepada saya tiada langsung makanan bergoreng,"

4. Sayur
"Saya banyak makan salad untuk sayur kerana itu sahaja sayur yang tidak perlu dimasak selain ulam-ulaman,"

5. Lari 3km setiap hari
"Setiap hari saya akan berlari sekurang-kurangnya 3 kilometer (km). Selain berlari saya juga perlu melakukan beberapa senaman yang dibantu oleh coach seperti lompat bintang, sit-up, pumping dan sebagainya yang mengambil masa selama 2 jam,"



Untuk kurus dan memiliki berat yang diimpikan, kita harus mempunyai kesedaran akan kesihatan tubuh badan kita. Alasan tiada masa, tidak boleh merupakan satu alasan yang anda sediakan supaya anda sendiri gagal mencapai impian kurus anda.

Bagaimana Rahim berjaya munurunkan berat badan beliau sebanyak 16.6 kilogram dalam masa 10 hari adalah sangat mengujakan! Bayangkan jika anda mampu untuk berdisiplin pada masa yang terhad ini, adakah anda rasa ianya tidak berbaloi? Salah! Ianya sangat berbaloi!

30 hari berusaha tanpa disiplin yang tinggi versus 10 hari berusaha dengan disiplin yang tinggi hasilnya berbeza sekali. Jauh berbeza. Namun, kembali kepada keazaman kalian, sejauh mana anda mahu kurus. Secepat mana anda mahu kurus. Kita boleh mengambil ubat kurus jika kita berkemampuan. 

Mengambil produk melawaskan usus sebagai contoh. Mengambil jamu untuk badan sentiasa panas dan meninggikan metabolisma agar proses penurunan berat badan berlaku. Namun, makan ubatan dan suplemen kurus tanpa disiplin juga merugikan! Sebagai contoh, Ani mengambil supplemen jamu DMS iaitu Fat Loss, setiap hari walaupun konsisten mengambil Fat Loss DMS sebanyak 1 biji sehari, malangnya beliau gagal untuk konsisten meminum air kosong apatah lagi untuk bantu diri beliau supaya mengamalkan diet seimbang dan berhenti minum air manis. 




Juga Rahim ada menyebut bila terasa nak minum manis atau manisan beliau mengambil stevia bagi menggantikan gula pasir! Nah, ini juga bukti bahawa gula pasir itu memudaratkan kesihatan malah membuatkan anda lebih cepat gemuk! Jadi, beritahu saya, adakah kalian suka minum air bergula? 



Apabila ditanya kepada pelanggan DMS yang berjaya menurunkan berat badan 10-20 kilo sebulan rupanya mereka sangat bagus dalam konsisten minum air masak 3 liter sehari malah lebih. Jamu DMS yang panas menyebabkan mereka haus dan harus minum air masak ini. Dengan konsisten mengikut panduan diberikan dan mengelakkan diri dari keterlaluan makan makanan berlemak, bergula ini proses menurunkan berat badan menjadi lebih cepat dan berkesan. Malah, ada yang lebih baik iaitu bersenam bagi meningkatkan metabolisma badan dan memecah otot supaya pembentukan otot berlaku jadi apabila anda berjaya kurus badan anda bukan sahaja fit malah tidak menggelebeh. 












Thursday, 10 May 2018

Lucky Draw DMS 10 Mei 2018

TAHNIAH  PEMENANG YANG BERTUAH, NOMBOR ANDA BERJAYA DICABUT & DISEBUTKAN SECARA LIVE! 🤩🎉


Hadiah Cabutan DMS Lucky Draw 10/5/2016
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
1. 17319 de clean 
2. 05831 cenderahati kz signature
3. 15363 superskinz
4. 11238 bath & body works
5. 23366 tudung ariani 
6. 37000 tudung dms 
7. 28679 cash RM100
8. 56001 telekung siti khadijah
9. 06144 mutiara Sabah 
10. 01381 dinner handbag

Pemenang2 diminta menghubungi pihak admin DMS VIRAL LUCKY DRAW untuk tuntutan hadiah.

‼ ATTENTION KEPADA PEMENANG, SILA STANDBY KERATAN TICKET ANDA SEBAGAI BUKTI & HUBUNGI LEADER MASING MASING ATAU DIRECT PIHAK HQ UNTUK MENDAPATKAN HADIAH ANDA! THANK YOU! TAHNIAH!!‼👏🏼

CONGRATULATIONS! Yang belom menang, jangan give up jangan kecewa. Banyak lagi hadiah yang menanti! So jaga LUCKY DRAW TICKET anda baik baik ya! Sape tau tuah anda selepas ni. 😍👏🏼

Jangan lupa, beli & menang hadiah dari DMS VIRAL! Dan rajin rajin keep yourself updated di fb page DMS VIRAL LUCKY DRAW! Goodluck! 🎊🎈

Pemenang2 diminta menghubungi pihak admin DMS VIRAL LUCKY DRAW untuk tuntutan hadiah.


Whatsapp 
0189100852