Wednesday, 2 December 2015

, ,

Wahai Kaum Wanita! Ketahuilah Make Up Boleh Menyebabkan Solat Anda Tidak Sah!

Emme Marina| 12/02/2015| 0Comments|
Saya telah membuat satu entri mengenai hukum solat bagi wanita yang bermake up -> Hukum Sah Solat Bagi Wanita Bermake up


Menjadi kewajiban apabila kita sukakan bermake up, maka haruslah kita mengetahui apa itu bahan yang boleh menyebabkan solat anda tidak sah.

Jika anda memakai produk waterproof seperti eyeliner, mascara dan lipstik. Cucikan dengan sebersih-bersihnya wajah anda sebelum mengambil wuduk. Jangan pula anda, cuci ala kadar tanpa tanpa meninggalkan makeup kerana ia boleh menyebabkan solat anda tidak sah!

Saya sertakan perkongsian soal jawab mengenai make up dan wuduk dari blog Ustaz Love.


Masuk bab wuduk ini, antara syarat sah wuduk itu adalah membersihkan anggota wuduk daripada perkara2 yg boleh menghalang air daripada sampai ke kulit. Anggota wuduk itu adalah muka, kedua belah tangan sampai siku, sebahagian rambut belah depan dan kedua belah kaki sampai buku lali. Jadi, kalau pakai pewarna kat bulu ketiak, masih sah wuduk.. sbb ketiak bukan termasuk dlm anggota wuduk.
Oleh kerana mekap ini hanya pada muka, maka fokusnya pada air yg sampai pada muka. Jika beliau memakai bedak biasa, yang mana kalau kena air, bedak tu akan tanggal, maka tiada masalah. Sebaliknya, jika pakai bedak luar biasa (bedak yg water proof.. tak telap air), maka wuduknya itu tak sah.. kerana air tak mengenai kulitnya.
Begitu juga gincu.. juga pewarna kelopak mata, celak, maskara dsb.. jika tak telap air, maka wuduk itu tak sah.
Sama juga keadaannya bagi yg memakai bulu mata palsu.. Ustaz Love difahamkan, kalau nak pasang bebulu itu, kena letak gam khas (rasanya bukan gam gajah).. maka, gam itu pun kena dibersihkan dulu sebelum berwuduk.
Bila wuduk dah tak sah, maka tak timbul persoalan dahi nak kena menyentuh tempat sujud.. sbb kalau wuduk tak sah, solat pun tak sah.
Maka itu, bagi sesiapa yang masih belum mampu nak meninggalkan mekap tebal ni, kena habiskan sikit masa untuk cuci mekap tu.. jangan plak combine waktu solat disebabkan malas nak cuci mekap, pastu nak pakai balik. Mekap sikit2 cukup la.. kalau dah cantik tu, tak pakai mekap pun nampak cantik.. kihkih
Cuci bersih2 mekap tu supaya tiada apa yang menghalang air daripada sampai ke kulit.. Kalau tak, wuduk tak sah, solat pun tak sah.. Jadi, toksah (tak payah – bahasa utara) la mekap tebal2 sangat.. sapu je bedak baby kat muka banyak2.. bak kata Ahmad Nisfu : “Takpa.. sekarang tak cantik.. balik nanti aku pakai bedak banyak2, baru taww”.. 😉

Sudah ada banyak produk di Malaysia ini yang mementingkan hukum solat. Oleh sebab itu, bila nak beli apa-apa produk belilah dengan orang Islam itu sendiri. Kerana mereka lebih mengetahui. Samalah seperti nak makan, mesti nak yang halal, bersih maka kita akan makan di kedai orang islam dan memiliki premis yang sangat bersih. Jika kotor atau bukan Islam, maka syubhah dan boleh menyebabkan apa yang kita makan itu menjadi darah kotor dalam tubuh badan kita. Ini bakal mempengaruhi iman dan akhlak.

Juga terdapat pelbagai jenis make up remover, pastikan make up remover anda juga bebas solat. Jangan nanti ditambah lagi sifat haram di dalam unsur tersebut. Sesungguhnya, kita bermake up bukanlah untuk cantik sehingga mendatangkan tabarruj. Betulkan niat anda semula ketika bermake up.

Sumber: Bedak Arab



Share:

0 DMS360 Beauty Care Support :):

Post a Comment