Wednesday, 26 October 2016

, ,

Bahaya Hidrokuinon Perosak Kulit Wajah

Emme Marina| 10/26/2016| 16Comments|
HIDROKUINON --- PEROSAK KULIT!

1. Krimnya berbau tajam dan teksturnya sedikit melekit apabila disapu pada kulit.

2. Tuangkan sedikit toner yang puan sedang gunakan itu pada kapas muka. Biarkan seketika terdedah dengan cahaya matahari.

Toner akan bertukar kepada coklat kehitam-hitaman. Itu salah satu tanda produk tersebut mengandungi bahan HIDROKUINON.

Apa itu HIDROKUINON? 

Ia sejenis bahan kimia yang membunuh sel dalam kulit yang menghasilkan pelindung semulajadi daripada panahan cahaya matahari

Apabila sel ini dimatikan, kulit muka akan kelihatan lebih cerah dan putih dalam tempoh singkat! Cerah dan putih itu tidak asli.

3. Semak penutup toner atau krim malam puan. Jika terdapat kerak coklat atau hitam, maka hampir pasti produk puan mengandungi HIDROKUINON.

4. Apabila disapu krimnya (terutamanya krim malam), kulit muka terasa panas dan gatal.

5. Awal-awal penggunaan kulit muka akan terasa sedikit pedih dan kemerahan apabila terkena matahari.

6. Kulit menjadi putih kepucatan, macam mayat.

7. Kulit menjadi licin berkilat! Ia adalah hasil daripada matinya protein dalam kulit yang berfungsi sebagai perlindungan.

Tidak logik pun kulit seseorang wanita itu tiba-tiba jadi licin dalam masa yang terlalu singkat.

KESAN BAHAYA HIDROKUINON?

1. Kulit muka menjadi nipis kemerahan, rasa pedih dan terbakar apabila terkena cahaya matahari.

2. Penggunaan berterusan menyebabkan warna kulit tidak sekata dan risiko tinggi untuk menjadi tompok-tompok hitam. Buat rawatan laser pun belum tentu boleh hilang. Jangan sampai tahap macam ini ya! Lebih baik stop dari awal.

3. Pengumpulan hidrokuinon dalam badan boleh menyebabkan rasa mual, muntah, sakit kepala, sukar bernafas dan mungkin koma.

4. Kulit muka yang putih itu lama-kelamaan akan berubah menjadi gelap dan seakan sunburn, wajah juga kelihatan lebih tua dari usia.

Ngerikan?!


Produk DMS Bebas dari Segala Bahan Kimia Merbahaya. Malah ianya mendapat pengiktirafan daripada apabila berjaya diiktiraf dalam Master Class Award Health and Beauty semasa awal pemasaran produk DMS ini.

Menggunakan teknologi korea bagi memastikan kulit anda pantas berkesan, licin, cerah dan bebas cela daripada jerawat, jeragat dan semua masalah kulit





Master Class Award





Gunakan Produk Rangkaian DMS tanpa was-was


Baca lebih lanjut mengenai produk kami

sila klik link di bawah ya

DMS360

Glowing Speed 24k Gold



atau senarai penuh produk dms360



http://www.dms360original.com/p/senarai-produk-dms360.html


Share:

16 comments:

  1. kenapa krim glowing speed berkilau ye n melekat?😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum nunie, nunie boleh jelaskan apa maksud berkilau dan melekat dgn lebih terperinci? jika pembelian dilakukan daripada agen sah dengan kad kuasa dms, insha Allah original

      Delete
  2. Saya dah pakai produk ni selama hampir 3 bulan dan jerawat di muke saya semakin teruk. Produk ini tidak membantu mengangani masalah kulit berminyam saya malah menambahkan lagi. Saya memakai set asan dms serum stemcell superskin+sabun dms glowing speed kemudian bertukar kepada set asas glowing speed+serum glowing+perlaqueen. Muke saya bertambah jerawat dan kesan jerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum, berapakah umur puan dan faktor persekitaran? pada mulanya memakai set gabungan - dms360+stemcell+sabun glowing speed? yang ni betul ke? ni gabungan yang salah. keduanya, gs+serum glowing+pearlaqueen sepatutnya dapat terus menangani masalah anda tetapi sila dapatkan panduan yang betul bagi merawat muka dahulu terutamanya dari sisa produk terdahulu sebelum mencuba produk dms

      Delete
  3. Kenapa muka saya 2 minggu lepas guna DMS360 glowing speed okay, tapi masuk minggu ketiga jadi makin teruk ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. glowing speed merupakan produk set asas premium dengan emas, produk ini mempunyai kesan healing yang lebih kuat dan lebih sesuai digunakan bagi wanita berumur 40 ke atas dan lelaki. sila rujuk semula agen sah anda bagi panduan seterusnya ya

      Delete
  4. Saya baru masuk mggu ketiga pakai dms 360 + super stem cell serum & foundation 4d... kenapa macam jerawat makin galak naik terutama dekat dahi dan pipi? Kulit saya jenis berminyak dan berjerawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk dms mempunyai kesan healing. akan berlaku tindak balas, sebab itulah setiap agen harus memberi panduan kepada pelanggan dan pelanggan patutnya kembali kepada agen tersebut supaya tidak termangu-mangu seperti ini. jerawat naik kerana proses toksin yang dikeluarkan oleh wajah.

      Delete
  5. Salam kak... Saya baru minggu ketiga pakai dms 360 + dms superstemcell serum dan foundation 4d.. Saya nak ty kenapa kulit saya jadi macam lebih gelap (burned) dan jerawat makin banyak naik? Masa saya beli mmg seller ada tunjuk kad ahli dms tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. stemcell agak kuat pada wajah. sama ada stemcell epal dari dms atau syarikat lain. boleh mengakibatkan kesan yang sama. bagaimana dear menggunakan produk tersebut? jika agen adalah sah, dia wajib guide anda dan berikan cara yang betul.

      Delete
  6. Muka makin teruk adalah pkai dms nie. Serious muka jadi panas. Esok kan hari bgun muka naik jerawat/nanah kecik2 penuh. Merah mcam terbakar. Dah lah mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Puan sudah dapatkan produk yang original atau yang palsu? Produk dms tidak panas, malah tidak menyebabkan muka terbakar. jika produk adalah original, sebelum memakai produk kami adakah produk sebelum dms adalah 100% organik? Jika tidak, akan berlaku tindak balas yang agak ektreme lagi2 jika tidak mendapatkan panduan dari agen sah dan membeli di kedai-kedai biasa sama ada kedai jamu atau kedai online borong. kerana itulah produk dms dijual hanya melalui independent distributor ini kerana kami menyediakan konsultasi terhadap pelanggan-pelanggan dms

      Delete
  7. Salam puan, saya berminat dengan produk ini. Tetapi memenandangkan kulit muka saya agak sensitif, boleh saya tahu senarai kandungan bahan dalam krim malam dan siang (set asas dms360).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, boleh. Saya akan listkan satu glosari ramuan-ramuan yang digunakan bagi produk2 kecantikan dms. Sila follow website kami ya sis. Terima kasih

      Delete
  8. Puan. Sblm ni sy gna dms 360 ok wlaupn agk melekit ckt. Beli di permata herba dgn hrga dlm rm79. Kli ke2 sy beli dgn hrga rm139 sbb ade tmbhn kndungn utk cptkn glowing. Kli ke2 sy beli krim dia xmelekit mcm sblm ni tp kli ni sy rse mke sy agk pns dan nmpk sprti terbakar. Adkh permata herba stokis yg sah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sudah beberapa kali juga saya ditanya mengenai status permata herba ini. Saya tidak kenal dengan owner stokis kedai permata herba dan setahu saya tiada di antara stokis utama yang berkait dengan kedai tersebut. namun feedback yang kami dapati ialah pengguna memberi feedback sepertimana yang sis maklumkan di sini. Produk original DMS tidak memberi apa2 kesan panas pada wajah pada sekali pemakaian. Untuk cara memakai pula, pakai krim dms pada kulit yang lembap supaya krim dapat menyerap pd kulit dengan lebih baik.

      Delete