Sunday, 17 July 2016

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan.

Masalah jeragat di muka menjadi mimpi ngeri buat kaum wanita. Ramai yang mencari petua hilangkan jeragat kerana bimbang kemunculannya akan menyebabkan kulit wajah nampak kusam dan tidak berseri.

Adakah anda juga salah seorang yang berdepan dengan masalah kulit muka berjeragat? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah muka berjeragat.


Jom Kita Kenali Apa Itu Jeragat


JERAGAT adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari yang selalunya terdapat dibahagian  muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi.

4 Petua Hilangkan Jeragat Secara Cepat dan Berkesan


1. Gosok hampas kelapa di bahagian kulit muka yang berjeragat. Biarkan selama 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan secara kerap. Bukan sahaja jeragat akan hilang tetapi kulit wajah juga akan bertambah halus dan gebu.

2. Susu tepung boleh dijadikan masker untuk menghilangkan jeragat. Caranya anda perlu campurkan sesudu susu tepung dengan jus limau nipis sehingga menyerupai pes. Sapukan ke kulit wajah. Biarkan kering dan selepas itu cuci bersih.

3. Daun sirih juga dikatakan mujarab untuk merawat masalah jeragat. Caranya sejukkan beberapa helai daun sirih dalam peti sejuk. Gunakan daun sirih yang muda. Gosokkan sehelai daun sirih ke kulit muka yang berjeragat. Amalkan setiap pagi sehingga masalah jeragat dapat diatasi.

4. Satu lagi petua menghilangkan jeragat yang mudah diamalkan ialah dengan penggunaan putih telur. Ambil sehelai tisu dan celupkan ke dalam putih telur. Tampal tisu tersebut ke kulit muka dan biarkan sehingga kering. Selepas kering, tanggalkan tisu dan cuci muka dengan air yang bersih.


Anda boleh pilih mana-mana petua di atas dan amalkan secara konsisten. Pengamalan konsisten inshaa Allah dapat mengurangkan jeragat dengan berkesan.


Semoga perkongsian Petua Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan ini dapat membantu anda mendapatkan kulit muka yang cantik, halus dan bersih.

Atau anda boleh mencuba salah satu set asas jeragat kami iaitu dms360 atau glowing speed 24k gold. Produk ini bukan sahaja mampu menghilangkan jeragat, jerawat malah mencantikkan wajah.


1 set asas dms360 berharga RM 139.00 sahaja. 1 set ini mampu bertahan 2 hingga 4 bulan penggunaan. Bukan sahaja jimat malah produk ini bebas bahan kimia dan menggunakan ramuan semulajadi.


Tips Pecah Jualan Walaupun Dropship (Part 2)

I am Exclusive &  Exellent Dropship
(Part 2/7)

dah baca part 1?
kalau belum, kena baca part 1 dulu.

Saya perasan majoriti kesilapan dropship yang nak untung besar adalah jual banyak2 produk.

Dah jual produk A, lepas tu jual plak Produk B.Nampak plak ni margin produk C  tinggi,jual jugak. Esok lusa nampak produk D plak dah. Eh eh ada peluang baik ni, ambik la dropship produk E plak.

Last last pening tak tau nak promote yang mana satu😅

ok sebenarnya tak salah nak jual produk lebih pada satu. Maximum saya bagi 3 ja untuk anda yang macam2 rasa best ni.

1 - pilih produk yang margin rendah tapi orang senang beli. Contoh keuntungan rm1 tapi orang sekali beli 5 dan orang tak ralat nak beli.

2- Cari produk yang margin tinggi,  walaupun sorang ja customer beli tapi sedap.

3- cari produk yang margin tengah2.

Saya faham dropship ni sebenarnya nak cari duit untuk bayar sewa rumah, untuk bayar kereta, untuk beli barang anak sebab saya pun pernah di situasi yang mana dapat profit dari dropship berapa ratus sebulan pun dah melompat seronok.

Dan saya faham bukan hangpa saja saja nak jual banyak2 produk, hangpa baru nak start meniaga, friends facebook pun baru berapa ratus, hat ada tu pun belum tentu lagi nak support kan.Dan hangpa perlukan duit untuk bulan tu, so hangpa rasa mana ja ada peluang, hangpa grab.Tapi bila berlambak sangat pun,  hangpa pun pening satgi.

Dan walaupun 3 produk tadi,  hangpa kena menjiwai apa pelanggan nak dengan produk tu.

Cara paling mudah, try dulu sendiri ok😊.Masa saya awal2 jadi dropship, saya hanya jual 3 produk sahaja, Namun saya akan fokus promote pada produk yang mana satu senang dapat jualan.

lagi 2 produk tu backup dalam album photo.Buat asing2 album.

untuk produk mana satu dulu saya nak naik ejen, saya akan pilih produk yang selalu dapat customer, untuk dapatkan margin yang besar.

Biasa kategori produk A ni modal ejen tak tinggi sebab produk murah. Dalam lingkungan RM200-300

so kerja saya adalah rekod setiap kali ada customer beli. Berapa dia bayar, berapa modal bayar dekat suplier, berapa profit saya.

supaya saya alert berapa dah dalam saving saya.Dan saya mudah untuk buat pengiraan  Kalau saya nak naik ejen dengan cepat, saya kena dapatkan berapa orang pelanggan supaya profit tu cukup untuk saya upgrade ejen.

faham kan?
Dan saya tak aim rewards diri nak beli apa2 untuk saya.

TAK!

saya fokus untuk kumpul modal naik ejen.Kalau lah saya nak jadi ejen untuk produk A, dan nak tunggu profit produk A lambat sangat, profit produk B secara tak langsung membantu saya untuk cepatkan lagi upgrade ejen.

katakanlah profit produk A RM 1
sekali orang beli dapat RM5

produk B Profit RM50

produk C profit RM15

dan saya nak naik ejen untuk produk A dulu sebab kos ejen rendah iaitu RM100 dan selalu dapat pelanggan serta margin bila jadi ejen jual dekat pelanggan RM5.

maka saya hanya perlu dapatkan pelanggan produk B 2 orang sahaja.

faham kan contoh saya?

Bila matlamat  dan cara pun jelas. Kita  akan usaha untuk closedkan pelanggan.Kita takkan buat bisnes kita main main.

kalau dari dropship hangpa dah start merekod jualan dan disilpin bab kewangan serta teliti dengan perancangan apa yang hangpa nak jual.

Hangpa akan jadi stokis yang superb nanti sebab percayalah,  berapa ramai stokis yang tak rekod pun jualan depa. Ada yang rekod time rajin ja.. lepas tu gaduh,  awat la tak jadi jutawan. T_T

#IAmExclusiveDropship


Tuesday, 5 July 2016

Tips Pecah Jualan Walaupun Dropship

I AM EXCLUSIVE DROPSHIP 
(Part 1)

kenapa kita nak orang nampak kita TAK macam dropship?
Kita kena faham, apa persepsi orang pada dropship.

✔promote macam2 tu, dia la tu.
✔ setakat layan gitu2 ja.
✔Tak banyak ilmu di dada.

so ,bila kita faham persepsi orang, kita kena TUKAR jadi luar biasa dan nampak exclusive. Biar orang pm tanya kita plak, ada nak ambik ejen tak?

dan kenapa kita kena bagi nampak luar biasa dropship?
Supaya orang lebih yakin untuk berurusan dengan kita.Orang rasa kita ni macam hebat,macam pakar dan bukannya syok sendiri claim diri pakar dan hebat.

Sebelum start dengan lebih detail part 2- part 7
kena faham semuanya bermula dari diri kita sendiri!
Bukan dari orang luar.

Bila diri sendiri dah dibajakan dengan semangat yang kental, matlamat yang jelas dan reason yang kuat.Biar apa orang kata, kita dah tak ambil peduli!

Majoriti dropship selalu down kan diri sendiri dengan
"aku tak da modal, dia boleh la suami kerja gaji tinggi"
"aku tak reti meniaga,dia tak pa la dulu belajar dekat u pasal bisnes"
"aku suri rumah ja, nak buat suka suka ja, "

bila masing-masing dah setkan benda ni dalam diri, memang macam tu la rezeki nak masuk pun! Sebab tak bersedia untuk menerima rezeki yang besar!

Tapi dalam hati nak jadi jutawan, buat kerja halai balai !

so, kalau dah bersedia nak step ke 2,
mulai sekarang, dah baca status ni kan?

setkan dalam minda,
setkan dalam hati,
setkan dalam jiwa,

✔walaupun aku takda modal sekarang, aku akan kumpul modal melalui dropship untuk naik ejen kemudian stokis!
✔walaupun aku BELUM reti berniaga, aku akan skodeng wall orang yang suka share ilmu, setiap hari supaya aku baca dan aku terus buat,kemudian aku dah ada modal lebih,aku akan belajar untuk bisnes aku!
✔walaupun aku suri rumah, tapi gaji aku besar daripada orang bekerja!

Kenapa aku kena upgrade jadi ejen kemudian stokis.
Bukan sebab aku gila pangkat.
1- aku nak keuntungan yang tinggi
2- aku boleh bina legacy aku , ada ejen bawah aku, ada dropship bawah aku.
3-bila aku ada dropship nanti, aku akan share plak apa yang aku dah buat dulu sebab aku yakin "bila aku bantu orang lain berjaya, Allah akan bantu ak u "

PART 2
akan disambung bila ramai suka yang pertama ni .

Copy from fb marziana shukri.