Sunday, 17 July 2016

, , , , , ,

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan

Emme Marina| 7/17/2016| |

Petua Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan.

Masalah jeragat di muka menjadi mimpi ngeri buat kaum wanita. Ramai yang mencari petua hilangkan jeragat kerana bimbang kemunculannya akan menyebabkan kulit wajah nampak kusam dan tidak berseri.

Adakah anda juga salah seorang yang berdepan dengan masalah kulit muka berjeragat? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk merawat masalah muka berjeragat.


Jom Kita Kenali Apa Itu Jeragat


JERAGAT adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada matahari yang selalunya terdapat dibahagian  muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi.

4 Petua Hilangkan Jeragat Secara Cepat dan Berkesan


1. Gosok hampas kelapa di bahagian kulit muka yang berjeragat. Biarkan selama 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan secara kerap. Bukan sahaja jeragat akan hilang tetapi kulit wajah juga akan bertambah halus dan gebu.

2. Susu tepung boleh dijadikan masker untuk menghilangkan jeragat. Caranya anda perlu campurkan sesudu susu tepung dengan jus limau nipis sehingga menyerupai pes. Sapukan ke kulit wajah. Biarkan kering dan selepas itu cuci bersih.

3. Daun sirih juga dikatakan mujarab untuk merawat masalah jeragat. Caranya sejukkan beberapa helai daun sirih dalam peti sejuk. Gunakan daun sirih yang muda. Gosokkan sehelai daun sirih ke kulit muka yang berjeragat. Amalkan setiap pagi sehingga masalah jeragat dapat diatasi.

4. Satu lagi petua menghilangkan jeragat yang mudah diamalkan ialah dengan penggunaan putih telur. Ambil sehelai tisu dan celupkan ke dalam putih telur. Tampal tisu tersebut ke kulit muka dan biarkan sehingga kering. Selepas kering, tanggalkan tisu dan cuci muka dengan air yang bersih.


Anda boleh pilih mana-mana petua di atas dan amalkan secara konsisten. Pengamalan konsisten inshaa Allah dapat mengurangkan jeragat dengan berkesan.


Semoga perkongsian Petua Hilangkan Jeragat Dengan Cepat Dan Berkesan ini dapat membantu anda mendapatkan kulit muka yang cantik, halus dan bersih.

Atau anda boleh mencuba salah satu set asas jeragat kami iaitu dms360 atau glowing speed 24k gold. Produk ini bukan sahaja mampu menghilangkan jeragat, jerawat malah mencantikkan wajah.


1 set asas dms360 berharga RM 139.00 sahaja. 1 set ini mampu bertahan 2 hingga 4 bulan penggunaan. Bukan sahaja jimat malah produk ini bebas bahan kimia dan menggunakan ramuan semulajadi.


Share: