Wednesday, 15 March 2017

, , , , , , ,

6 Punca Jeragat Yang Perlu Anda Ketahui

Emme Marina| 3/15/2017| 0Comments|

Punca Jeragat Yang Wajib Anda Tahu

Punca Jeragat 1 > Matahari
Sinar matahari mengandungi sinar UB A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.
UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Jadi, untuk hilangkan jeragat, punca utama jeragat ini mesti diatasi.
Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.
Oleh sebab itu, jika anda selalu terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan. Amatlah mudah wajah anda diserang jeragat ini.
Punca Jeragat 2 > Kehamilan
Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.
Jadi, ibu mengandung disarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.
Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.
Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat. Penting untuk anda kembalikan semula hormon anda ke paras normal agar wajah anda semakin pulih.
Punca Jeragat 3 > Rawatan Hormon
Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat.
Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ramai pelanggan saya berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan.
Punca Jeragat 4 > Ubat- ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.
Punca Jeragat 5 > Wangian
Pewangi, sabun wangi dan kosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat.
Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.
Punca Jeragat 6 > Hypothyroidism
Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.
Share:

0 DMS360 Beauty Care Support :):

Post a Comment