Monday, 15 May 2017

Soalan Lazim Produk Kecantikan DMS360

Q: Adakah produk DMS360 halal dan bagaimana untuk memastikan ia selamat di gunakan?
A: DMS360, jenama HALAL No. 1 di Malaysia terdiri daripada rangkaian produk berkualiti dan komprehensif. Dirumus khusus dengan bahan-bahan semula jadi; tanpa alkohol dan gelatin. Mengutamakan aspek Halal dan seiring dengan kehendak syarak, DMS360 sentiasa memastikan bahawa rangkaian produknya dihasilkan untuk kebaikan pengguna, serta selamat digunakan oleh seisi keluarga.

Q: Di manakah boleh saya dapatkan produk-produk DMS360 ini?
A: Produk-produk DMS360 boleh didapati secara online di Seluruh Malaysia. Di samping itu, DMS360 juga melatih dan membimbing agen-agen sah jualan DMS360 yang mana mereka ini amat terlatih dalam memberi nasihat kecantikan kepada anda.

Q: Apa itu Nano Emas 24K?
A: Nano Emas 24K merupakan emas tulen yang bersaiz sangat halus atau bersamaan saiz 1/80,000 diameter rambut. Dengan saiz sebesar nano ini, emas akan lebih mudah menyerap jauh ke dalam kulit hingga ke lapisan epidermis, yang mana emas ini akan bertindak untuk merangsang “kilang pengeluaran kolagen” untuk mengeluarkan lebih banyak kolagen supaya kulit menjadi lebih anjal serta awet muda. Barang perhiasan emas (seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya) secara luaran tidak akan mengaktifkan kilang kolagen yang terletak pada bahagian epidermis kulit.Apakah punca penuaan?Selain daripada peningkatan usia, tanda-tanda penuaan atau garis-garis halus terjadi disebabkan empat faktor utama iaitu pendedahan terhadap sinaran matahari, pemakanan yang tidak seimbang, tekanan serta kurang melakukan senaman dan gaya hidup yang tidak sihat.

Q: Apakah kesan penuaan kepada kulit?
A: Apabila usia meningkat, kolagen dan elastin iaitu serat yang mengekalkan ketegangan kulit akan menjadi lemah. Akibatnya, tekstur kulit menjadi tidak mantap, menipis dan kehilangan anjal – membuatkan ia kelihatan tidak tegang dan berkedut.

Q: Adakah kesan penuaan boleh dilihat dengan mata kasar?
A: Boleh, antara tanda-tanda penuaan adalah pembentukan garis-garis halus, jeragat, kekeringan serta kurangnya keanjalan kulit dan tona kulit tidak sekata.

Q: Bolehkah tanda-tanda penuaan dirawat?
A: Rawatan secara klinikal merupakan kaedah rawatan yang boleh digunakan. Namun ia memerlukan kunjungan rutin dan melibatkan kos yang tinggi. Kini produk rangkaian DMS360 menawarkan kaedah alternatif yang lebih mudah, harga yang berpatutan dan lebih jimat. 

Q: Kenapa kulit menjadi gelap dan tidak bermaya?
A: Kulit wajah yang sering terdedah kepada persekitaran seperti matahari, pencemaran, habuk dan tekanan boleh menyebabkan kulit kusam, menjadi gelap, kering, tidak serata dan tidak bermaya.

Q: Apakah punca tona kulit tidak sekata?
A: Sinaran UV, jumlah melanin akibat pigmentasi di dalam kulit, makanan yang diambil dan bekas jerawat boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata. Penggunaaan produk yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kulit tidak berseri.

Q: Apakah kesan pigmentasi terhadap kulit?
A: Ramai beranggapan bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, tona kulit berubah dan tidak berseri.

Untuk mengatasi masalah pigmentasi atau jeragat, cubalah antara dua set asas iaitu DMS360 atau Glowing Speed 24k Gold. Dan bagi kesan terbaik, gunakan perlindungan UV sama ada 4D atau 5D Foundation dan Stemcell Apple Swiss.

Q: Bagaimana untuk mencegah kulit gelap?
A: Kita tidak boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepada sinar matahari, tetapi kita boleh melindungi kulit dengan produk yang mengandungi Pelindung UV seperti yang terkandung pada kesemua set asas DMS360 dan Foundation DMS. Formulasi Nano menyerap jauh ke dalam kulit untuk mempertahankan proses pigmentasi yang menghasilkan melanin. Ia bukan sekadar melindungi kulit, malah menjadikannya halus, mulus dan cerah sempurna.

Set Asas DMS
1. DMS360 SPF25 (Tahan perlindungan UV 4 jam)
2. DMSONE SPF25
3. GLOWING SPEED 24K GOLD (Tahan perlindungan UV 8 jam)

Foundation
1. 4D Foundation SPF45
2. 5D Foundation SPF50
3. CC Hybrid Foundation SPF50

Q: Apakah perbezaan antara Krim Siang dan Krim Malam?
A: Kebanyakan Krim Siang mengandungi Perlindungan UV untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang sememangnya tidak diperlukan ketika di kawasan gelap. Krim malam pula bertujuan untuk memperbaiki dan melembapkan kulit, juga berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat.

Q: Serum vs. Krim Pelembap Muka

A: Apakah perbezaan antara serum dan krim pelembap muka? Selain dari menambahkan tahap lembapan kulit, penggunaan serum amat penting kerana ia dirumus khas untuk membekalkan nutrien ke dalam lapisan kulit yang tidak mampu dicapai dengan hanya mengunakan krim pelembap. Terdapat pelbagai jenis serum boleh didapati di pasaran, seperti serum anti-penuaan, serum pencerah dan tidak lupa juga serum anti-jerawat. Gunakan serum selepas menggunakan penyegar dan sebelum menggunakan krim pelembap.

Krim pelembap mempunyai saiz molekul yang besar jika dibandingkan dengan serum. Ini bermakna krim pelembap tidak mampu menembusi kulit seperti serum. Serum membekalkan nutrien manakala krim pelembap pula memberi kelembapan dan menghidratkan kulit

Layari https://www.dmsoneskinworks.com/ untuk pembelian secara terus. 

Sunday, 14 May 2017

Hukum Lelaki Memakai Serbuk Emas 24k Dalam Produk Kecantikan



Apa itu Nano Emas 24K?

Nano Emas 24K merupakan emas tulen yang bersaiz sangat halus atau bersamaan saiz 1/80,000 diameter rambut. Dengan saiz sebesar nano ini, emas akan lebih mudah menyerap jauh ke dalam kulit hingga ke lapisan epidermis, yang mana emas ini akan bertindak untuk merangsang “kilang pengeluaran kolagen” untuk mengeluarkan lebih banyak kolagen supaya kulit menjadi lebih anjal serta awet muda. Barang perhiasan emas (seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya) secara luaran tidak akan mengaktifkan kilang kolagen yang terletak pada bahagian epidermis kulit.

Oleh itu, pakar kecantikan mula membuat kajian ke atas serbuk emas lalu dicampurkan ke dalam bahan-bahan kosmetik.

Di dalam sebuah artikel

Tak seperti facial pada umumnya, facial serbuk emas merupakan metode pembersihan kulit wajah dari kotoran dan komedo dengan bantuan serbuk emas 24 karat yang telah diubah menjadi gel, sehingga tak menimbulkan iritasi pada kulit maupun efek samping lainnya.

Demikian dikatakan Yohana Frida Chrisanty, pemilik sekaligus terapis Gracia Beauty Care yang berlokasi di Pangrango Plaza Lt.1 SA 25 kepada Jurnal Bogor, kemarin.

Dikatakan Santy, sapaan Yohana Frida Chisanty, butiran emas yang sudah menjadi gel tersebut dapat mencerahkan kulit wajah. "Jika melakukan facial dengan serbuk emas, kilau emas nan cantik bisa terpancar di wajah," ujar istri Paulus Indra itu.

Ada beberapa tahap dalam pengerjaan facial serbuk emas. Pertama wajah dibersihkan dulu dengan menggunakan facial foam. Kedua, dilakukan peeling dengan menggunakan serbuk emas untuk mengangkat sel kulit mati. "Di salon ini, serbuk emas digunakan pada peeling, vitamin, scrub, dan  masker wajah," ungkapnya.

Setelah proses peeling selesai, wajah diberi scrub sambil diberi pijatan agar kulit wajah lebih halus. Untuk proses peeling dan scrubing masing-masing dilakukan selama sepuluh menit. "Usai dibersihkan dari scrub, wajah akan diberi uap air kurang lebih selama sepuluh menit untuk membuka pori-pori kulit sehingga terjadi detoksifikasi atau pengeluaran racun

Namun perkara utama yang menjadi persoalan ialah adakah kaum lelaki boleh turut menggunakan serbuk emas 24k ini?

Jawapan dari Dr. Zahiruddin adalah seperti di bawah:

Bagi mengetahui status hukumnya, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu dilihat iaitu :-

1)    Isu penggunaan emas sebagai hiasan.

2)    Penggunaannya untuk lelaki.

Itulah antara item yang perlu difahami dalam melihat pandangan Islam dalam penggunaan serbuk emas ini. Tanpa kajian menyeluruh berkenaan kesemua item di atas, sukar untuk menentukan hukum penggunaan serbuk emas ini dengan tepat. Untuk membincangkan semua isu di atas ia bakal mengambil masa yang panjang untuk kajian, huraian dan penulisan. Oleh itu, saya tidak akan menyentuh kesemuanya.

Jawapan ini hanyalah memulakan perbincangan hukum dalam hal ini, saya akan sertakan beberapa point secara ringkas serta padat, tidak memberatkan dan tidak pula terlalu ilmiah, terhadap beberapa perkaar di atas. Walaupun ia mungkin belum cukup kuat untuk membuat satu kesimpulan hukum, namun ia boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin mendalamkan lagi perbincangan.

1)     ISU PENGGUNAAN EMAS SEBAGAI HIASAN.

Nabi s.a.w menegaskan menggunakan emas sebagai perhiasan selain pemakaian di tubuh wanita, adalah diHARAMKAN bagi lelaki dan wanita:-

لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ ، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ 

Ertinya : Jangan kamu minum di dalam bekas emas dan perak, kerana cara itu adalah amalan mereka (kafir) dan untuk kamu kelak di akhirat sahaja ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Hasil daripada hadis ini, majoriti ulama berfatwa bahawa penggunaan emas sebagai hiasan seperti di pinggan, mangkuk, sudu, tepak sirih, tombol pintu, buku, al-Quran, jam, pen dan sebagainya adalah DIHARAMKAN bagi lelaki sepenuhnya.

Namun demikian khas untuk wanita, apa sahaja perhiasan yang digunakan di tubuhnya seperti rantai, gelang, cincin, jam emas adalah dibenarkan.

As-Syeikh Ibn Nujaim Al-Hanafi berkata :-

إذا ثبت - يعني التحريم - في الشرب : فالأكل كذلك ، والتطيب ، لاستوائهم في الاستعمال ، فيكون الوارد فيها يكون واردا فيما هو في معناها ، ولأنها تنعم بتنعم المترفهين والمسرفين وتشبه بهم

Ertinya : Apabila terbukti haram untuk minum darinya (emas), maka makan juga termasuk di dalamnya, demikian juga berhias dengannya disebabkan sama taraf penggunaannya, maka apa yang disebutkan (oleh hadis) itu akan terkena bagi semua yang sama ertinya dengannya, disebabkan semuanya memberi sifat kemewahan berlebihan, pembaziran dan menyerupainya.[2]

Ibn Qayyim pula menegaskan :-

وهذا التحريم لا يختص بالأكل والشرب ، بل يعم سائر وجوه الانتفاع ، فلا يحل له أن يغتسل بها ، ولا يتوضأ بها ، ولا يدهن فيها ، ولا يكتحل منها ، وهذا أمر لا يشك فيه عالم
Ertinya : Pengharaman ini tidak terhad kepada makan dan minum ( di dalam bekas emas ) sahaja, malah ia juga termasuk segala jenis bentuk penggunaannya, maka tidak halal mandi darinya, berwudhu, meletak lemak atau minyak masak padanya, bercelak darinya, ini semua perkara yang tidak ragu lagi akan hukum haramnya. [3]

Syeikh al-Bahuti al-Hanbali dan Ibn Mufleh menambah lagi penggunaan emas yang diharamkan seterusnya seperti di lampu, katil, kerusi, kasut, sudu, pintu, atap dan sebagainya.[4]

Walaupun semua isu di atas memperincikan perihal penggunaan emas sebagai perhiasan, bagaimana pula jika wanita menggunakannya untuk perhiasan di wajahnya?

Jawapnya, ia adalah halal, namun bagaimana pula jika emas tersebut meresap melalui penggunaan gel atau krim beserbuk emas ke dalam tisu wajahnya?. Adakah ia masih termasuk dalam kategori berhias yang dibenarkan atau tidak?

Kerim atau gel itu akan menjadi haram bagi lelaki disebabkan sabdaan Nabi :-

عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: أخذ حريرا فجعله في يمينه، وأخذ ذهبا فجعله في شماله، ثم قال: إن هذين حرام على ذكور أمتي

Ertinya : Dari Ali bin Abi Talib r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengambil sutera dan diletakkan di tangan kanannya, dan mengambil emas di tangan kirinya lalu berkata : kedua-dua item ini adalah haram untuk lelaki (sebagai perhiasan) di kalangan umatku ( Riwayat Abu Daud : sanad yang baik)

Namun bagi wanita, di sana mungkin akan wujud ilmuan Islam yang berpendapat ianya adalah diharuskan kerana ia masuk tergolong di dalam kategori perhiasan fizikal wanita. Cuma sedikit perbezaannya, yang disepakati harus di kalangan ulama adalah perhiasan luaran, tetapi dalam kes ini, ia telah menjadi perhiasan dalaman.


 http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/886-perbincangan-hukum-kosmetik-dengan-serbuk-emas.html

Maka jelas kaum lelaki sama sekali tidak bisa menggunakan apa-apa produk berunsurkan emas walaupun sekecil nano. Oleh itu,  produk kami yang tidak boleh digunakan oleh kaum lelaki ialah sSerum Stemcell 24k Gold.

Seharusnya kita bersama-sama berfikir sejenak akan hal ini dan tidak membuta tuli menjual dan memakainya. Oleh itu, saya memohon kemaafan buat pelanggan DMS360 yakni kaum lelaki kerana telah menjual produk ini secara umum kepada kalian.




SALE PRODUK DMS360 SEMPENA HARI IBU



Senarai produk DMS360.

*Set Asas*
1. DMS360 RM139.00
2. Glowing Speed 24k Gold RM169.00 (Wanita shj)
3. DMS ONE RM150.00

*Serum*
4. Serum Glowing RM100.00
5. Serum Stemcell RM150.00
6. Serum Stemcell 24k Gold RM160.00 (Wanita shj)

*Foundation*
7. 4d Foundation RM100.00
8. 5d Foundation RM100.00
9. CC Hybrid Foundation RM100.00

*Produk kuruskan badan*
10. Miss Slim RM100.00
11. Fat Away RM120.00

*Kesihatan dan Aset Wanita*
12. Miss Me RM100.00
13. Kopi Monatox RM75.00

*Kesihatan lelaki*
14. Macho Max RM120.00

*Loose*
15. Sabun Honeydew DMS360 RM40.00 40g
16. Sabun Emas Glowing Speed RM55.00 50g (Wanita sahaja)
17. Sabun dmsone RM50.00 50g

*Supplement Satu Badan*
18. Pearlaqueen RM150.00
19. Glutax RM100.00

*Kesihatan*
20. Cell Pro HD1000 RM120.00

#Srikandigrup
#VIPdms1648

Nak dapatkan harga SALE?

Tawaran sah sehingga jam 12 malam ini sahaja, bertarikh 14 Mei 2017.

Sale sempena hari ibu buat semua kaum wanita😘😘😘

Hubungi
018-910 0852


Cara Mengenali Pengedar Sah DMS360



Assalamualaikum,

Alhamdulillah produk dan syarikat DMS360 semakin  lama semakin dikenali dan semakin digemari. Malangnya, perkara ini menyebabkan berlakunya pihak yang cuba mengaut keuntungan iaitu dengan mengeluarkan produk DMS360 tiruan.

Insha Allah, dengan entri ini semoga anda dapat menilai yang mana satu agen sah dan mereka yang cuba menipu kalian.

Dalam entri, "Bagaimana Mengenal Pasti Produk Tiruan, http://www.dms360original.com/2016/02/bagaimana-mengenal-pasti-produk-tiruan.html. Telah saya maklumkan bahawa tidak wujud istilah membeli dari pemborong atau DMS menjual produk kepada pemborong. Namun, terlalu ramai pula yang mula menggelarkan diri mereka sebagai pemborong dari HQ DMS. Pelik bukan?

Untuk apa perlunya pemborong, jika DMS360 hanya boleh dibeli dan didapati melalui stokis negeri?

Jika ada pemborong, maka lebih baik tidak perlu wujudkan peluang berniaga kepada kami semua. Stokis negeri sehinggalah mini stokis iaitu Diva sebanyak 20% keuntungan dari harga asal. Itupun modal Diva ialah RM 1500 tahu. Anda bayangkanlah usaha agen-agen sah ini untuk berniaga dan membantu anda semua mencapai impian anda dengan produk original DMS360.

Logik atau tidak?
Fikirkanlah

Saya tunjukkan contoh mereka yang cuba menipu dan menghalalkan yang sudah terang jelas adalah perbuatan yang salah.

  

Sanggup demi untuk menjual barangan fake, mereka ini edit dan menambah sendiri perkataan pemborong ke atas kad kuasa DMS360.

Kedua, setiap pengedar sah terutamanya yang berniaga online akan diserapkan ke group rahsia HQ DMS360 di mana pengasas DMS360 iaitu Cfu yang memegang group facebook ini. Dan saya serta team srikandi ada di sini. Ini buktinya.

Bak kata Cfu, kita mempunyai 40 sistem kejayaan dan salah satunya ialah "kami mempunyai Cfu"

Dan di bawah saya juga saya mempunyai anak-anak buah yang menjalankan perniagaan DMS360. Anda boleh hubungi mereka juga ya,  http://www.dms360original.com/p/stokis-dan-agen-sah-dms360-srikandi.html?m=1

Yakinlah dengan produk DMS360. Jika anda beli yang original insha Allah tidak berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.

Bukan kami tidak bicarakan isu fake yang semakin berleluasa ni tahu.
Jika kalian ingin saya bantu semak dengan siapa anda berurusan, original atau fake. Sila hubungi saya di talian 018-910 0852.

Bagaimana untuk saya semak agen@penjual dms ialah dengan berikan saya no tel agen tersebut dan lebih baik jika ada nama leader beliau.

Sekian, terima kasih

Peluang agen serendah RM400 @ RM 1000 dibuka sekarang pada keuntungan bersih 20%.


Dengan pembelian 2 unit 5in1 DMSONE Exclusive anda layak mendapat 20% komisyen selepas pembelian seterusnya dan kelayakan sebagai AGEN SAH DMS360


Atau cara kedua, terus mendapat untung runcit sebanyak 20% bersih daripada pembelian minimum RM 1,000 ke atas.

Untuk maklumat lebih lanjut,


Saturday, 13 May 2017

Produk-produk Terbaru Keluaran DMS360 atau DMSONE Skinworks

Assalamualaikum,

Terkini produk-produk DMS360 yang telah dikeluarkan dan mula berada di pasaran.

1. Cell Pro HD1000 RM 120.00 500ml
2. Feminine wash DMS360 RM 69.90 125ml
3. Body Scrub DMS RM 120.00 180gm
4. Curvy Bust Cream DMS360 RM 150.00 (Harga pengenalan : RM 120.00)
5. Evo Ultra HD Pro White Serum RM 199.00


Bisnes DMS semakin berkembang dengan pelbagai produk berkualiti.

Nantikan pelbagai lagi keluaran terbaru dari DMS360. Yang pastinya selamat, jimat dan 100% bebas bahan kimia merbahaya.


Tawaran sebagai pengedar sah DMS360 masih dibuka. Hanya minimum modal sebanyak RM 500 sahaja anda layak menjadi pengedar sah. Bebaskan diri anda dari masalah produk DMS FAKE.

Mahu sertai keluarga DMS360?
Hubungi saya
Stokis Leader VVIP
Emme Marina
018-910 0852