Monday, 15 May 2017

, , , , ,

Soalan Lazim Produk Kecantikan DMS360

Emme Marina| 5/15/2017| |
Q: Adakah produk DMS360 halal dan bagaimana untuk memastikan ia selamat di gunakan?
A: DMS360, jenama HALAL No. 1 di Malaysia terdiri daripada rangkaian produk berkualiti dan komprehensif. Dirumus khusus dengan bahan-bahan semula jadi; tanpa alkohol dan gelatin. Mengutamakan aspek Halal dan seiring dengan kehendak syarak, DMS360 sentiasa memastikan bahawa rangkaian produknya dihasilkan untuk kebaikan pengguna, serta selamat digunakan oleh seisi keluarga.

Q: Di manakah boleh saya dapatkan produk-produk DMS360 ini?
A: Produk-produk DMS360 boleh didapati secara online di Seluruh Malaysia. Di samping itu, DMS360 juga melatih dan membimbing agen-agen sah jualan DMS360 yang mana mereka ini amat terlatih dalam memberi nasihat kecantikan kepada anda.

Q: Apa itu Nano Emas 24K?
A: Nano Emas 24K merupakan emas tulen yang bersaiz sangat halus atau bersamaan saiz 1/80,000 diameter rambut. Dengan saiz sebesar nano ini, emas akan lebih mudah menyerap jauh ke dalam kulit hingga ke lapisan epidermis, yang mana emas ini akan bertindak untuk merangsang “kilang pengeluaran kolagen” untuk mengeluarkan lebih banyak kolagen supaya kulit menjadi lebih anjal serta awet muda. Barang perhiasan emas (seperti rantai, gelang cincin dan sebagainya) secara luaran tidak akan mengaktifkan kilang kolagen yang terletak pada bahagian epidermis kulit.Apakah punca penuaan?Selain daripada peningkatan usia, tanda-tanda penuaan atau garis-garis halus terjadi disebabkan empat faktor utama iaitu pendedahan terhadap sinaran matahari, pemakanan yang tidak seimbang, tekanan serta kurang melakukan senaman dan gaya hidup yang tidak sihat.

Q: Apakah kesan penuaan kepada kulit?
A: Apabila usia meningkat, kolagen dan elastin iaitu serat yang mengekalkan ketegangan kulit akan menjadi lemah. Akibatnya, tekstur kulit menjadi tidak mantap, menipis dan kehilangan anjal – membuatkan ia kelihatan tidak tegang dan berkedut.

Q: Adakah kesan penuaan boleh dilihat dengan mata kasar?
A: Boleh, antara tanda-tanda penuaan adalah pembentukan garis-garis halus, jeragat, kekeringan serta kurangnya keanjalan kulit dan tona kulit tidak sekata.

Q: Bolehkah tanda-tanda penuaan dirawat?
A: Rawatan secara klinikal merupakan kaedah rawatan yang boleh digunakan. Namun ia memerlukan kunjungan rutin dan melibatkan kos yang tinggi. Kini produk rangkaian DMS360 menawarkan kaedah alternatif yang lebih mudah, harga yang berpatutan dan lebih jimat. 

Q: Kenapa kulit menjadi gelap dan tidak bermaya?
A: Kulit wajah yang sering terdedah kepada persekitaran seperti matahari, pencemaran, habuk dan tekanan boleh menyebabkan kulit kusam, menjadi gelap, kering, tidak serata dan tidak bermaya.

Q: Apakah punca tona kulit tidak sekata?
A: Sinaran UV, jumlah melanin akibat pigmentasi di dalam kulit, makanan yang diambil dan bekas jerawat boleh menyebabkan tona kulit tidak sekata. Penggunaaan produk yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kulit tidak berseri.

Q: Apakah kesan pigmentasi terhadap kulit?
A: Ramai beranggapan bahawa pigmentasi bukanlah masalah yang serius tetapi sebaik sahaja melanin mula bertambah dan bercantum dengan sel kulit, keadaan akan menjadi teruk. Pigmentasi akan bertambah teruk, tona kulit berubah dan tidak berseri.

Untuk mengatasi masalah pigmentasi atau jeragat, cubalah antara dua set asas iaitu DMS360 atau Glowing Speed 24k Gold. Dan bagi kesan terbaik, gunakan perlindungan UV sama ada 4D atau 5D Foundation dan Stemcell Apple Swiss.

Q: Bagaimana untuk mencegah kulit gelap?
A: Kita tidak boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepada sinar matahari, tetapi kita boleh melindungi kulit dengan produk yang mengandungi Pelindung UV seperti yang terkandung pada kesemua set asas DMS360 dan Foundation DMS. Formulasi Nano menyerap jauh ke dalam kulit untuk mempertahankan proses pigmentasi yang menghasilkan melanin. Ia bukan sekadar melindungi kulit, malah menjadikannya halus, mulus dan cerah sempurna.

Set Asas DMS
1. DMS360 SPF25 (Tahan perlindungan UV 4 jam)
2. DMSONE SPF25
3. GLOWING SPEED 24K GOLD (Tahan perlindungan UV 8 jam)

Foundation
1. 4D Foundation SPF45
2. 5D Foundation SPF50
3. CC Hybrid Foundation SPF50

Q: Apakah perbezaan antara Krim Siang dan Krim Malam?
A: Kebanyakan Krim Siang mengandungi Perlindungan UV untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB yang sememangnya tidak diperlukan ketika di kawasan gelap. Krim malam pula bertujuan untuk memperbaiki dan melembapkan kulit, juga berfungsi merawat sel-sel kulit wajah ketika ia sedang berehat.

Q: Serum vs. Krim Pelembap Muka

A: Apakah perbezaan antara serum dan krim pelembap muka? Selain dari menambahkan tahap lembapan kulit, penggunaan serum amat penting kerana ia dirumus khas untuk membekalkan nutrien ke dalam lapisan kulit yang tidak mampu dicapai dengan hanya mengunakan krim pelembap. Terdapat pelbagai jenis serum boleh didapati di pasaran, seperti serum anti-penuaan, serum pencerah dan tidak lupa juga serum anti-jerawat. Gunakan serum selepas menggunakan penyegar dan sebelum menggunakan krim pelembap.

Krim pelembap mempunyai saiz molekul yang besar jika dibandingkan dengan serum. Ini bermakna krim pelembap tidak mampu menembusi kulit seperti serum. Serum membekalkan nutrien manakala krim pelembap pula memberi kelembapan dan menghidratkan kulit

Layari https://www.dmsoneskinworks.com/ untuk pembelian secara terus. 

Share: