Friday, 15 September 2017

DERMA KILAT TABUNG BANTUAN TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

*TABUNG BANTUAN TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH*

⏰ *seikhlas hati*

🏧 Maybank 5621 8831 9223
Amal Till Jannah
(selewatnya jam *10 malam 15 September 2017*)

❤ transaksi *TAHFIZ*

📞 sumbangan transaksi online dan CDM hendaklah dimaklumkn *TERUS pada pn zarina 0197730155 atau pn fatin 0127865923*

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yg memerlukan & mendapat redha Allah, in shaa allah aamiin..

Insha Allah,  pengasas ATJ sendiri akan menyampaikan derma kilat ini kepada pihak tahfiz.

Kepada yang menderma, sila tulis di reference "TaHFIZ"

Atau boleh terus hubungi no admin yang tertera.

Jazakumullah.


Melihat Dengan Mata Hati Insiden #PusatTahfizTerbakar
==================
.

23 Zulhijjah 1438H
[23:12]
Al-Mu'minūn:12 - Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

[12:23]
Yūsuf:23 - ...."Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

14 September 2017
[14:09]
'Ibrāhīm:9 - (Mengapa kamu masih berdegil) bukankah telah datang kepada kamu khabar berita orang-orang yang terdahulu daripada kamu, iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang yang kemudian daripada mereka ? Tiada sesiapapun yang mengetahui bilangan mereka melainkan Allah. Mereka telah didatangi oleh rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata, lalu mereka meletakkan tangan mereka ke mulut mereka sambil berkata: "Sesungguhnya kami kufur ingkarkan apa yang - mengikut dakwaan kamu - kamu diutus membawanya, dan sesungguhnya kami adalah dalam keadaan yang meragukan terhadap iman dan tauhid yang kamu ajak kami kepadanya".

[9:14]
At-Tawbah:14 - Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

5:15 pagi
[5:15]
Al-Mā'idah:15 - Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

21 pelajar, 2 warden
[21:2]
Al-'Anbyā':2 - Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -

[2:21]
Al-Baqarah:21 - Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.
.

#SometimesPeopleAreTooBusyWithLogicExplaination
#AndForgetTheHiddenMessageAllahSentForUs
#DariAllahKembaliKepadaAllah
#CikguEraTompangLalu
#MencariJalanPulang
#ReadTheQuran


Thursday, 14 September 2017

Bahan Terlarang Yang Patut Anda Hindari Jika Kulit Muka Jenis Sensitif

6 BAHAN #TERLARANG TAK PATUT ADA DI DALAM PRODUK JIKA ANDA BERKULIT SENSITIF

Kulit anda sensitif, tapi nak pakai skincare?

Sebenarnya, boleh je. Orang yang acne prone atau kulit sensitif ni penjagaan kulit pun kena sensitif. Kulit manja lah katakan 😉

Ok, untuk kulit sensitif pastikan produk skincare tidak mengandungi :

❌ Alkohol
❌Lanolin
❌ Parabens
❌ SLS/SLES

kerana ia akan meningkatkan lagi tahap sensitiviti kulit dan menyebabkan kulit semakin teruk.

Jadi, ambil masa untuk baca kandungan skincare anda tu ye.

Boleh juga dapatkan konsultasi daripada agen2 produk kecantikan tersebut.
.

Nak tahu kulit anda sensitif atau tidak?


 Check out this blog "Ciri-Ciri Kulit Sensitif dan Cara Mengatasinya" http://www.dms360original.com/2017/03/ciri-ciri-kulit-sensitif-dan-cara.html 


Saturday, 9 September 2017

Iklan Produk Melampau Benarkah Begitu?

Beriklan secara jujur dan niat membantu insan yang ingin menyelesaikan masalah bukan kerana mahu jualan laris semata.

Bismillah.

Kami terkesima juga apabila terbaca nukilan seorang wanita mengenai pendapatnya tentang iklan-iklan berbentuk merendahkan diri wanita dan terpaksa membeli produk-produk kecantikan, pelangsingan dan aset wanita. Mungkin ada beberapa iklan yang terlalu menyentuh aspek emosi seorang wanita khususnya apabila menyebut "suami tidak sayang", "suami kawen lain" dan sebagainya. Maka dengan membeli produk-produk ini konfirm perkara tersebut tidak berlaku. Jika inilah iklannya, maka kita turut setuju bahawa iklan tersebut agak melampaui batas.

Apabila kita mempromosikan sesuatu produk, emosi pelanggan amat penting untuk kita jaga.  Namun perkara utama ialah bagaimana dapat kita bantu pelanggan dengan produk yang kita ada. Bantu pelanggan memahami masalah yang dihadapi dan kemudian bagaimana produk ini mampu meringankan kerunsingan mereka.

Di DMS360 kami ada pelbagai jenis produk. Dari wajah, pelangsingan, menjaga aset dalaman dan luaran wanita juga lelaki, kesihatan malah produk mencuci usus juga kami ada. Tidak pula bagi kami, menjalankan perniagaan dengan menipu agar semuanya indah bagi anda. Sejujurnya apa jua produk yang anda cuba tidak semua serasi atau sesuai dengan diri kita. Tetapi dengan memilih produk yang selamat dan halal adalah salah satu kriteria utama kita.

Sebagai wanita, kesedaran menjaga diri adalah sangat penting. Kalau dulu sebekum kahwin kurus, comel selepas kahwin badan gemuk sampai obese, yang comel dah hilang entah ke mana.. Lalu kita menyalahkan kerana suamilah, kerana anaklah.. Kerana tiada masalah.. Betulka kerana mereka atau kerana diri kita sendiri?

Jika anda sayangkan diri anda, jaga diri dengan baik. Celik kesihatan. Celik kecantikan. Jika semua produk di luar mahal, lakukan dengan jaga usus kita menikmati makanan-makanan sihat, jauhkan dari terlalu banyak makan makanan manis, lebihkan air kosong dan lakukan senaman setiap hari. Berfikiran positif juga salah satu rahsia kecantikan wajah. Wajah yang selalu tersenyum ialah wajah yang cantik dan membuatkan orang disekeliling senang melihat kita.

Ambil masa membaca tentang kecantikan wajah. Masalah jeragat, jerawat, kegemukan semuanya berpunca daripada sesuatu. Maka kitalah yang harus bantu diri sendiri mengatasi masalah tersebut. Produk dan supplemen hanyalah satu alat untuk anda merealisasikan impian anda. Bukanlah alat magik yang terus melakukan keajaiban yang anda inginkan.

Ingat ya.. Kecantikan itu tanggungjawab kita. Kecantikan wajah, diri, pemakaian, percakapan ini semua lambang kecantikan wanita berjaya dan berkeyakinan.

Mari saya kongsikan luahan sahabat ini ya.

Menyampah betul tengok iklan provokasi terutama yang menjual jamu rapat/jamu longgar ni.

Nanti suami cari lain bila dah gemuk
Nanti suami jatuh cinta dengan perempuan lain sebab kau punya semua dah longgar..
Nanti suami dah tak sayang dan pandang perempuan lain sebab fizikal dah berubah..

Huhhh..suka memfitnah suami orang yang buat iklan ni. Sampai alat sulit wanita pun dia ambil peduli...

Berapa ramai kawanku yang gemuk tetapi suami tetap sayang dan cinta.

Berapa ramai sahabatku yang masih muda, bergetah tetapi diceraikan suami kerana suami main kayu tiga..

Berapa ramai sahabat ku yang anak berderet tetapi suami tetap sayang dan jalan berpegang tangan..

Dengan iklan nilah yang membuat perempuan selalu rasa rendah diri..
Hey betullah nanti aku gemuk laki aku tak sayang?
Hey..takutlah kalau semua longgar, suami dah tak cinta?
Dan natijahnya..bersusah payah beli benda yang tak sepatutnya takut suami lari..
Sampaikan tak tahu apa bahannya dan menjadi kecelakaan pula, contohnya mendapat kanser..

Suami yang baik, yang ada iman sentiasa menjaga hubungan dia dengan isteri, sentiasa hidup dalam kasih sayang..tak kira gemuk, pipih, bulat ke dia tetap sayang...

Bukannya kerana jamu dan segala ubat ubatan...

Fb Norhayati Berahim


Saya kongsikan antara pendapat usrah mengenai luahan Norhayati Ibrahim

Ada pro and con. Perempuan jgn ambil mudah isu kesihatan dan kecantikan. Jagalah kesihatan bila sakit nanti kita tanggung sendiri. Sakit yg kita tanggung tak boleh nak dipindahkan kpd org lain.

Bukan juga isu suami kahwin lain tapi isunya kesihatan dan kecantikan utk diri sendiri. Bab jodoh panjang atau tidak semuanya dlm takdir Allah tetapi kita usaha jaga diri selagi mampu..

Jaga makan minum, exersice (buat kerja rumah pon dah boleh bakar kalori) jaga kebersihan diri, jaga tidur dan amal ibadat..☺️ InsyaAllah minda dan aura positif melingkari hidup kita.

Admin muslimah circle🌸
@muslimahcircle


Nukilan admin DMS360ORIGINAL
emme Marina
Stokis Leader DMS360


Ikuti 10 Langkah Bagaimana Mengurangkan Pengaruh Hormon Estrogen iaitu Penggalak Faktor Jeragat bagi Wanita

Dr Hamid Arshat - 3 Sept

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA - PENYEBAB JERAGAT BAGI WANITA


Punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca-punca sekitaran saperti kelemahan immuniti, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan,  fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain..

Tindakan estrogen terhadap tisu kulit biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya. 

Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron. 

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah-langkah mengawal kadar peningkatan hormon estrogen.


1. Kekalkan berat badan ideal ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3. Mengawal stress.  
Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen. 
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise. 

Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4. Buah delima/ promegranate

Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung. 
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5. Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6. Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9. Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats

Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16. Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.

Thursday, 7 September 2017

Top 10 Produk Laku Keras dari DMS360

DMS360 mempunyai pelbagai jenis produk dam adakalanya sehingga pening kan? Namun setiap kelainan produk ini merupakan kelebihan mereka yang tersendiri.

Sebagai contoh DMS360 merupakan set asas terbaik buat semua jenis kulit dan peringkat umur. Manakala dmsone pula dicipta bagi mereka yang memiliki kulit bermasalah seperti ekzema dan sensitif. Kebiasaannya kulit ekzema dan sensitif amat kering, maka dmsone bertindak sebagai agen pelembap yang terbaik buat kulit anda.

Saya senaraikan 10 produk paling laju dan menjadi pilihan ramai pengguna-pengguna DMS360

10 Produk Top DMS360

1. Dms360
2. Glowing speed
3. Dmsone - kulit kering dan ekzema top choices
4. Serum glowing
5. Stemcell pure
6. Foundation 4d
7. Foundation 5d
8. Fat loss
9. Fat away
10. Kopi montok

Kesemua produk ini merupakan produk paling laris dalam jualan kami.

Insha Allah tidak rugi mencuba. Bukan sahaja sebagai pengguna tetapi sebagai cubaan berbisnes juga.

Bukan satu sahaja tau produk DMS ni. Kita ada kecantikan, produk yang mampu kuruskan badan malahan untuk dalaman juga. Hanya dari sebuah syarikat sahaja anda mampu mencuba pelbagai produk yang gerenti buat anda tersenyum selepas mencubanya. Percayalah

Selepas wajah kembali bersih dan cantik, kita juga mahukan badan yang ideal. Lagi-lagi apabila kita semakin meningkat usia, pelbagai masalah mula muncul kan? Kita ada kopi montok untuk menjaga aset kita luaran juga dalaman.

Dengan pembelian combo ni, insha Allah tempahan anda lebih jimat!

Daripada menempah satu per satu, kita tempah terus secara borong @ combo jadi kita terus mendapat penjimatan berganda!

Nak tahu lebih lanjut tentang penjimatan combo produk-produk dms? Boleh terus whatsapp saya ya.

Special deal tau.

Hanya yang whatsapp sahaja akan diberikan harga combo istimewa ni.

Terus whatsapp "saya nak harga combo" ke 018-9100 852.

Mari saya kenalkan anda dengan 10 produk terbaik dari syarikat DMS360


Jangan lepas peluang penjimatan ini.

Whatsapp ke 018-9100 852 untuk tempahan anda 👌


Testimoni Produk Cell Pro HD1000

Cell Pro HD1000 dari DMS360

Tidak sah tanpa produk supplemen berasaskan makanan sunnah dan herba terpilih ni tahu. Alhamdulillah, kini syarikat DMS360 berjaya mengeluarkan satu lagi produk terbaik buat pengguna-pengguna DMS. Insha Allah siapa yang dah cuba pasti akan sentiasa mengamalkannya. Nak dapatkan makanan sunnah dan herba-herba ni bukan senangkan? Takkan nak makan satu-satu, ada yang pahit, ada yang kita tak pernah jumpa. Dengan adanya CELL PRO HD1000 ni semua ramuan terbaik tanpa sebarang tambahan perisa dan gula, sememangnya menjadi pilihan bukan sahaja untuk diri kita, tetapi anak-anak dan golongan ibu bapa kita. 




Siapa yang patut amek CELL PRO HD1000 ni??
👶 Kanak-kanak yg mengalami Demam, Selsema, Batuk, Asma & Kembung Perut serta membantu proses penghadaman dgn lbh baik dan lancar.
👧 Kanak-kanak seawal usia 2 thn blh mengambil CELL PRO HD1000utk mengawal metabolisma dlm bdn serta meningkatkan daya ketahanan tubuh utk melawan penyakit.
👩 Orang dewasa yg ingin bertenaga dan mampu mencegah dan mengawal jangkitan penyakit kronik serta mampu merawat migrain kronik serta membersihkan usus.
👵 Warga emas yg meningkat usia.Membantu mengawal tekanan darah tinggi,kencing manis,gout & jantung. Malah mampu merawat masalah sakit sendi & sengal badan serta sakit lutut kronik.
1 botol sesuai untuk seisi keluarga !
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI !!


Harga amat berpatutan 
500ML = RM 120 sahaja
Free pos























Harga amat berpatutan 
500ML = RM 120 sahaja
Free pos


Untuk Tempahan

Whatsapp : 018-9100852
Tempahan Terus : www.dmsoneskinworks.com

Tuesday, 5 September 2017

Petua Atasi Muka Sembap

PETUA ATASI MUKA SEMBAP

Muka bukan main tebal mekapnya, sekali cuci perghh serupa zombi kurang kasih sayang.
.
Muka sembab selalunya terjadi maybe kurang rehat dan tak cukup tidur. Kat sini, ema nak share beberapa petua untuk merawat muka sembab guna bahan semulajadi:
.
1) Jemur hingga kering 10 keping kulit buah rambai. Tumbuk sehingga kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air untuk dijadikan bedak. Sapu setiap malam sebelum tidur.
.
2) Kisar sebiji putih telur, sedikit madu, minyak zaitun, sebiji limau nipis, bunga melur dan badam. Pupurkan di muka dan biarkan kira-kira 10 minit sebelum dicuci.
.
3) Campurkan sedikit asam jawa dengan tepung beras. Gaul hingga sebati. Pupurkan pada muka selama 15 minit, kemudian bilas. Lakukan sekerap yang boleh.
.
Senang je kan? Boleh cubalah ya..

Sumber: Petua Ibu