Tuesday, 12 September 2017

Apa Itu SPF?

APAKAH ITU SPF?
ADA SPF 7, SPF 15, SPF 30, SPF 50.. mana satu nak pakai ni?

Haa.. ada yang dah pening nak pilih yang mana satu.
Tahukah anda berapa nilai SPF yang patut anda gunakan?
.
Untuk membantu anda memahami dengan lebih baik, saya kongsikan bagaimana cara menghitung SPF yang disyorkan untuk keperluan kulit masing-masing.
.

1) Tentukan berapa lama tempoh masa yang anda boleh berada di bawah sinar matahari sebelum kulit mula terkena selaran (burn) tanpa sebarang perlindungan.

Contoh :

Katakan, anda perasan selepas 15 minit, kulit muka mula menjadi kemerahan dan gelap tanpa memakai sebarang krim perlindungan.
.

2) Perhatikan pula SPF yang dinyatakan pada label produk anda.

Contoh : Foundation CC Cream ada SPF 45
.

3) Kirakan masa perlindungan kulit anda.

Formula :
Tempoh masa kulit berada di bawah matahari sebelum 'burn' x SPF

10 minit  x SPF 45 = 450 minit (7.5 jam) mendapat perlindungan matahari

Maka,

Apabila kulit anda menggunakan krim dengan SPF 30, anda akan mendapat perlindungan matahari dari sinar UVB selama 5 jam.
.
Namun begitu, sebaiknya krim pelindung ini perlu di ulang pakai setiap 2 jam atau pun setiap kali kita mencuci muka untuk mengambil wuduk.
.
Mereka yang berkulit cerah lebih cepat terkena 'sunburn' berbanding mereka yang berkulit gelap atau 'tan'. Jadi, apakah ciri-ciri kulit anda dan berapakah SPF krim muka yang patut anda pakai?

Jom check sekarang!

#LIKE #SHARE untuk bantu sebar ilmu ini kepada sahabat lain juga.
.
#AgenDropshipDiperlukan #DMS360


Share:

0 SLE Supporters :):

Post a Comment