Tuesday, 5 September 2017

, ,

Petua Atasi Muka Sembap

PETUA ATASI MUKA SEMBAP

Muka bukan main tebal mekapnya, sekali cuci perghh serupa zombi kurang kasih sayang.
.
Muka sembab selalunya terjadi maybe kurang rehat dan tak cukup tidur. Kat sini, ema nak share beberapa petua untuk merawat muka sembab guna bahan semulajadi:
.
1) Jemur hingga kering 10 keping kulit buah rambai. Tumbuk sehingga kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan air untuk dijadikan bedak. Sapu setiap malam sebelum tidur.
.
2) Kisar sebiji putih telur, sedikit madu, minyak zaitun, sebiji limau nipis, bunga melur dan badam. Pupurkan di muka dan biarkan kira-kira 10 minit sebelum dicuci.
.
3) Campurkan sedikit asam jawa dengan tepung beras. Gaul hingga sebati. Pupurkan pada muka selama 15 minit, kemudian bilas. Lakukan sekerap yang boleh.
.
Senang je kan? Boleh cubalah ya..

Sumber: Petua Ibu


Share:

0 SLE Supporters :):

Post a Comment