Thursday, 26 October 2017

Apa Beza Jamu dengan Herba?

APA BEZA JAMU DAN HERBA?


DMS360 mempunyai beberapa produk menggunakan ramuan jamu dan herba. Oleh itu, ia merupakan tanggungjawab kami untuk membantu anda semua mengenali kriteria yang membezakan kedua produk ini dan khususnya buat kaum wanita dan kesannya kepada wanita sedang haid, mengandung dan anak dara.



Bila disebut ubat JAMU, maknanya ia mengandungi pelbagai rangkaian herba dan biasanya mempunyai pelbagai khasiat yang tak tertumpu pada satu penawar sahaja. Contoh: Pil Binari- untuk mengurangkan masalah keputihan, menguatkan otot faraj dan menyihatkan sistem peranakan wanita.


Sedangkan ubat HERBA pula, ia biasanya mempunyai hanya satu tumbuhan dan sedikit herba pendamping. Ataupun lebih daripada 65% kandungannya hanya ada satu jenis herba sahaja. Kebanyakannya spesifik pada satu penyakit tertentu sahaja. Contoh: Teh Misai Kucing untuk mengawal kencing manis



CIRI-CIRI JAMU


Terdapat tiga ciri sifat kumpulan herba dalam kandungan jamu :

1) kumpulan herba utama = herba-herba yang berfungsi sebagai identiti jamu yang ingin diramu. Bersifat ubat pada pemakannya

2) kumpulan herba pendamping = herba-herba yang digaulkan bersama kumpulan herba utama dan dijadikan pemangkin agar kesan ubat menjadi lebih spesifik dan berkesan

3) kumpulan herba pelincir = herba-herba yang diadun untuk memberi kesan pelincir agar mudah hadam pada yang memakannya. Ia juga membantu melancarkan pengaliran darah bersama penawar rencah utama serta membantu mengurangkan kesan sampingan dari rencah utama. Biasanya dari kumpulan tumbuhan kunyit dan halia.


KEISTIMEWAAN JAMU


A) Kebaikan herba pelincir kunyit/halia
Hampir semua kandungan jamu tradisional mengandungi kumpulan herba pelincir. Menjadikan pengguna jamu selamat menggunakannya kerana kunyit/halia membantu dalam proses penghadaman, pencernaan serta pelancaran aliran darah. Ia juga membantu tubuh kita untuk menyesuaikan diri dengan jamu-jamu tertentu itu kerana :



1) jika tubuh tak dapat menyesuaikan diri dengan jamu tersebut ; herba pelincir akan membantu untuk membuang bahan tersebut melalui proses pencernaan.

2) jika jamu itu sesuai dengan tubuh, herba pelincir itu akan membantu penyerapan dan melancarkan alirann ke seluruh badan melalui saluran darah

3) herba pelincir juga akan membantu pemanasan badan agar penyakit dapat dikesan dengan cepat dan dapat diubati dengan mudah.

B) Keberkesanan dari amalan dalam tempoh yang lama

Terbukti pengamalan makan jamu dalam tempoh yang lama dapat membantu memberi khasiat dalam banyak perkara. Malah ia tidak hanya berfungsi sebagai penyembuh satu penyakit sahaja.

Contohnya :

1) mengamalkan jamu langsing/susut perut dapat membantu melancarkan sistem penghadaman. Ia juga membantu menghalang selulit dan kekal langsing.



2) semua jenis jamu membantu sistem regenerasi kulit tubuh dan meningkatkan sistem imun badan. Menghalang dari jangkitan kuman dan relapse. Ini dibuktikan oleh kajian pharmacognosi (kajian kaitan tumbuhan dan kesan kesan terapeutiknya.) terhadap kunyit dan halia. Kunyit terbukti mempunyai kesan anti keradangan dan kesan antiseptik.

3) Paling utama, jamu mengekalkan awet muda. Mengamalkan jamu terbukti membantu menguatkan daya tahan sel tubuh dan mengawetkannya dari di makan usia.


JAMU dan HERBA dalam Kesihatan Wanita


Jamu:
1. Dari akar kayu yang tidak dibuat masak atau makan harian. Cth: Manjakani. Tingkat ali. Kacip fatimah.
2. Bersifat panas lalu menyebabkan sembelit. Ibu yg amalkan jamu fan memyusukan anak membuatkan anak sembelit lalu kuning anak susah keluar.
3. Not friendly. Kanak-kanak, ibu mengandung dan wanita haid tidak boleh amalkan.

Herba:
1. Dari rempah ratus amalan pemakanan harian. Cth: jintan hitam, jintan putih, ketumbar, bunga lawang, kulit kayu manis, etc.
2. Bersifat neutral atau semulajadi. Melawaskan pembuangan air besar. Ibu yang amalkan herba mampu membantu bayi lawas buang air dan menurunkan bacaan kuning bayi.
3. Boleh diamalkan oleh bayi seawal 6 bulan, lelaki, wanita mengandung dan ketika haid.


KENAPA TAK BOLEH MAKAN JAMU WAKTU PERIOD?


Penggunaan jamu menggunakan ramuan yang bukan untuk dimakan, ianya mengandungi herba yang berfungsi merapatkan miss V, mengecutkan rahim. Ianya mengawal dan memperbaiki hormon wanita. Oleh itu, semasa period jika mengamalkan jamu ia bakal mengganggu dan menjejaskan aliran dan pengeluaran darah kotor kita. Jika anda sudah mempunyai kitaran yang normal, adalah sangat-sangat tidak digalakkan mengambil mana-mana produk jamu. Tetapi jika anda masih mengalami masalah hormon semasa period sebagai contoh senggugut teruk, pengaliran haid yang terlalu banyak anda boleh mengambil jamu tersebut.


Perasankah anda adakalanya sewaktu period perut wanita kelihatan seperti buncit atau bloating. Ini kerana semasa waktu period atau hampir period rahim kita akan sedikit mengembang pada awal period, ini adalah disebabkan pengumpulan darah kotor yang menepek pada dinding-dinding rahim. Sebab tu perut nampak macam buncit sikit. Kalau kita makan jamu waktu period dikhuatiri akan menganggu pengeluaran darah kotor tu.


Ada 2 kemungkinan yang kita takut akan terjadi kat sini :



1. Bila kita makan jamu waktu period dikhuatiri rahim mengecut dan akan menganggu kelancaran pengeluaran darah kotor.

2. Kemungkinan darah akan keluar lebih banyak dari biasa dan akan memendekkan jangka masa pengeluaran daripada 6-7 hari menjadi kepada 3-4 hari sahaja. Boleh mencepatkan menopouse pula.


MELAINKAN wanita yang memang ada masalah period. Wanita yang ada masalah period ni berkaitan dengan gangguan hormon. Jadi kita boleh sarankan mereka untuk mengambil jamu waktu period supaya dapat stabilkan semula hormon mereka dan sekaligus memperbaiki waktu pengeluaran period menjadi normal.


Yang sering mengalami masalah senggugut juga kita sarankan untuk mengambil jamu sekurang-kurangnya sebiji bagi tujuan memanaskan rahim dan selaligus dapat mengurangkan kesakitan akibat senggugut tu.


Bagi produk kesihatan dan pelangsingan DMS, kami menggunakan herba bagi produk Cell Pro HD1000, manakala Miss Me, Fat Loss, Kopi Montok dan Kopi Pink merupakan produk jamu. Oleh sebab itulah, kami tidak menyarankan kalian mengamalkan produk ini berunsurkan jamu ini semasa sedang period.


Mari saya sharekan kelebihan dan info produk jamu dari DMS360 ini :)