Wednesday, 28 February 2018

BISNES ONLINE DMS - Mudah dan Tak Perlu Kos Tinggi

Pengedar dan Dropship Online DMS 360




DMS memfokuskan promosi secara online. Kata pengasas DMS, CFU, cara itu adalah terbaik bagi pelanggan mendapatkan servis dan menjaga kualiti produk. Setuju dengan cara CFU, jika produk DMS dibiarkan di merata tempat dan tiada consultant maka sukarlah untuk kita menjaga pelanggan dan ramailah yang bakal meninggalkan DMS hanya gara-gara tiada panduan dari syarikat. Maka pengedar-pengedar DMS adalah muka aka consultant kecantikan yang sah bagi syarikat DMS 360.




Ramai sebenarnya yang suka buat part time bisnes dan whatsapp saya boleh tak nak jadi dealer atau agen sah DMS tapi budget terhad atau tanpa modal. Memandangkan permintaan yang tinggi, kami masih buka peluang ini untuk kalian semua. Tak ada syarat ketat pun. Modal pun rendah. Syaratnya kena rajin sahajalah. Ada yang berniaga dari rumah ke rumah terutama suri rumah, antara kawan-kawan dan melalui FB, Instagram dan Youtube. Macam mana nak daftar ? boleh tengok dan daftar terus di sini : Dealer / Dropship .


KONSEP DEALER/ AGEN SAH DMS





1) Apa yang dimaksudkan dengan dealer online DMS ?
- Salah satu cara untuk anda menjadi dealer / pengedar / dropship untuk KESEMUA produk sekaligus membolehkan anda menjual di laman sosial untuk menjana pendapatan secara part time dan tanpa sewa kedai atau pekerja.
- Keuntungan yang di tawarkan juga antara 20-45% berbeza setiap produk.
- Pengedar Online DMS ini terbuka kepada semua golongan. Anda bebas menggunakan imej dan iklan DMS untuk tujuan promosi di Laman Sosial anda.


2) Berapakah modal permulaan ?
DROPSHIP
- Untuk dropshipper DMS, tiada modal diperlukan. Hanya yuran komitmen sahaja sebanyak RM20 dan kekal menjadi ahli DMS sepanjang hayat dibawah stokis Emme Marina Enterprise. 



PENGEDAR/ AGEN SAH DMS
- Setiap pengedar Online harus membuat belian produk minima bernilai RM400 dengan harga sebagai pengedar DMS
- Setiap pengedar berdaftar akan menerima KAD AGEN, FLYERS, FREE GIFT dan FREE POS pada pembelian pertama kali. 

KAD NI DAH TAK DIGUNAPAKAI YE


KAD AGEN BARU

3) Kelebihan menjadi dealer / pengedar / agen sah / dropship DMS:
- Modal belian yang melayakkan anda menjadi pengedar hanya RM400 dengan belian produk. Anda juga akan menerima hadiah misteri untuk pertama kali pendaftaran,
- Keuntungan dealer dari 20 - 45% berbeza setiap produk mengikut level agen tersebut. 
- Postage percuma untuk belian RM500 ke atas.
- Pakej yang ditawarkan hanya untuk sekali seumur hidup. Tiada renewal kecuali anda tidak aktif dalam masa 6 bulan berturut-turut
- Setiap dealer boleh share semua iklan / imej dan gambar dari Laman Sosial DermaxSuperskin 360 untuk tujuan promosi.
- Dealer juga bebas untuk membuat promosi atau diskaun pada pengguna anda (tertakluk kepada syarat dan terma - DILARANG BERMAIN HARGA PASARAN)
- Anda boleh menjual, mempromosikan dan mengiklankan produk mekap DMS360 di mana-mana sahaja termasuk facebook, blog, instagram, website, tweeter, youtube & lain-lain.
- Terdapat promosi bulanan khas yang akan dibuat khas untuk dealer.
- Jualan Online sangat membantu menambah pendapatan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak utk sewa dan ubah suai kedai, pekerja, bil api dan air atau lambakan stok tak terjual.
- Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa bagi pelajar, suri rumah, pekerja swasta ataupun kerajaan.


4) Bagaimana cara permohonan dealer / pengedar/ agen / dropship :


Langkah 1: Isikan borang atau boleh terus whatsapp 018-9100 852.

Langkah 2: 
- Selepas mendapat pengesahan serta belian produk yang pertama dari pihak stokis DMS anda akan diberi KAD AGEN sebagai pengedar sah. Selepas mendapat kad agen, pengedar boleh membuat pembelian secara online melalui website www.dms360original.com atau secara talian telefon di +6018 9100 852  dengan harga pengedar.


PERHATIAN : Sila baca dengan teliti

  •  Pembayaran mesti diterima dahulu sebelum kami membuat penghantaran kepada anda.
  •  Sila check stok selepas diterima. Jika terdapat kerosakan atau kehilangan produk penggantian produk tersebut hanya di buat 7 hari selepas produk diterima oleh pengedar.
  •  Dealer mestilah aktif sekurang-kurangnya dalam 3 bulan sekali minima belian RM200 SEBULAN (level DIVA)
  •  Belian dealer yang tidak aktif lebih dari 3 bulan ke atas wajib membuat pembelian baru minima sebanyak RM250 (level DIVA).






Saturday, 24 February 2018

2 Punca Utama Kenapa Anda Gagal Kurus Walaupun Sudah Berdiet. Sila Baca Untuk Ketahui Puncanya

Tahukah ANDA? Toksin dan Gula Punca Masalah Proses Diet Terganggu.




Diet yang tidak menjadi boleh menyebabkan saiz badan makin membesar dan menimbulkan masalah diabetes.



Tahukah Anda?

Toksin merupakan bahan beracun dalam tubuh badan. Para penyelidik mendapati bahawa toksin yang terkumpul dalam tubuh badan manusia adalah dalam lingkungan 2kg hingga 4kg. Melalui hasil kajian klinikal pula, 90% punca penyakit berbahaya adalah dari kolon dan usus besar. Kajian secara rawak pula mendapati seseorang yang tidak pernah mebuang toksin sejak lahir hingga berusia 30 tahun, maka akan timbul pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dengan kandungan gula berlebihan di dalam tubuh badan. Pengambilan gula pada kadar tidak berpatutan yang diperlukan oleh tubuh akan menjejaskan kesihatan dan menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesity, kemurungan serta kerosakan gigi.



Mengapa perlu singkirkan toksin dari badan?


Nak tahu kenapa orang yang mengamalkan diet kadang-kadang berat mereka tidak turun-turun dan kadangkala ada yang turun tapi lepas stop amalkan diet tu, berat badan diorang kembali ke berat badan asal, bahkan ada yang beratnya naik lebih dari sebelumnya dan itulah yang dinamakan diet YOYO. Berat yang hilang tu sebab kehilangan air bukan toksin. Toksinnya masih lagi terkumpul di organ seperti usus dan hati. Antara simptom-simpton masalah toksin berlebihan di dalam badan adalah seseorang tu sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut dan badan berbau, sukar untuk bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap dari warna asal kulit. Wajah yang berjerawat dan berat badan meningkat juga salah satu tanda badan seseorang itu mengandungi toksin berlebihan. 

Jom singkirkan toksin dari badan!


Melakukan Detox terhadap tubuh badan merupakan salah satu cara menyingkirkan toksin dari dalam badan. Bagi yang kurang mempunyai masa atau memang malas nak buat detox sendiri menggunakan bahan semulajadi kat rumah, produk De Clen Detox keluaran DermaxSuperskin 360 (DMS360) pasti dapat membantu masalah anda dalam mengurangkan berat badan serta memastikan diet anda tidak sia-sia. Minuman De Clen Detox berfungsi dalam membantu mengekalkan kandungan bakteria sihat dan mencuci usus anda. Minuman ini juga mengandungi fiber tinggi yang mampu membantu menurunkan kolesterol serta kandungan alfafa yang terdapat di dalam minuman ini membantu sistem penghadaman dan pundi kencing agar memudahkan lagi sistem pembuangan toksin dalam badan. Selain itu Licorice Root yang terdapat dalam campuran produk De Clen Detox ini juga dapat membantu menurunkan kadar lemak yang terdapat di dalam badan seseorang. Minuman ini bukan sahaja boleh digunakan untuk buang toksin dalam badan, tapi boleh juga membantu pengguna yang mengalami masalah sembelit. Cara nak minum air De Clen Detox ni pun mudah je. Bancuh 1-1/2 sachet serbuk De Clen Detox dengan 200ml air sejuk/suam sebelum tidur dan terus minum.


Untuk kesan yang lagi okay, ambil sebelum pukul 9 malam. Dan lepastu boleh rasa sendiri macam mana minuman ni bantu rawat tubuh badan anda. Jangan lupa pula banyakkan minum air kosong kerana di dalam air kencing juga terdapat toksin, tapi jangan merungut bila kerap membuang air sebab ia sebenarnya membuang toksin dalam badan kita. Begitu juga dengan membuang najis. Anda kena usahakan untuk membuang najis sekurang-kurangnya sekali dalam sehari dan yang lebih baik adalah sebanyak dua kali sehari. Jangan biarkan najis berada lama di dalam usus kerana is boleh mendatangkan penyakit. Dah lakukan detoks pada badan, jangan lupa pula untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Senaman yang dilakukan dapat bantu mengeluarkan peluh. Bila peluh keluar, maka toksin dalam badan pun akan keluar.

Pengambilan Gula Berlebihan Ganggu Diet


Vitamin dan mineral penting dalam badan boleh berkurang kalau kita ambil gula terlalu banyak. Gula yang diambil setiap hari menghilangkan simbiosis bakteria baik di dalam usus seterusnya mengurangkan stok Vitamin B. Kebanyakan manusia masih lagi kekurangan mineral walaupun mengamalkan diet yang seimbang. Gula berlebihan akan memberi kesan kepada setiap organ badan. Pada awal pengambilan, gula disimpan di dalam hati sebagai glukosa. Apabila hati tidak lagi mampu menyimpan glukosa, glycogen berlebihan akan kembali ke saliran darah dalam bentuk asid lemak. Asid lemak yang di bawa ke setiap tubuh ini yang sebabkan badan kita banyak lemak dan tubuh pun jadi gemuk. Jadi, kalau kita diet tapi tak control pengambilan gula pun tak boleh juga. Secara ringkasnya kalau nak tubuh badan sihat, tak mudah penat, kulit cantik dan dapat memiliki berat badan ideal, maka mulakan diet sihat tanpa gula bermula sekarang.


Ganti gula dengan supplemen kesihatan


Sesetengah orang memang susah nak kawal pengambilan gula dalam badan. Kalau minum mesti nak manis je, tambah-tambah lagi yang suka makan coklat. Apa kata cuba produk Fat Away Choco perisa coklat keluaran DermaxSuperskin 360 ni. Kandungan bahan-bahan dalam Fat Away Choco boleh bantu kurangkan rasa lapar dan menggantikan gula dalam badan sebab tablet Fat Away Choco ni tinggi anti-oksidan. 


Untuk mendapatkan produk DMS boleh whatsapp 018-9100 852.

11 Perkara Yang Buat Wajah Anda Lebih Cepat Tua! Baca Untuk Hindari Tabiat Buruk Ini

Kenapa Seseorang Jadi Cepat Tua?




Kulit wajah adalah sebagian tubuh yang sensitif dan paling mudah mengalami penuaan. Kemunculan garis halus, bintik hitam pada kulit adalah antara tanda-tanda kulit kita mula mengalami penuaan.


Proses ini juga boleh terjadi pada usia kita masih muda. Jika anda sudah mengalami tanda-tanda penuaan ini, ada baiknya menghindari beberapa perkara yang selalu dilakukan ini yang sebenarnya secara tak sedar menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur.


Pernah tak anda ditegur kelihatan lebih tua dari usia sebenar? Kebiasannya adalah disebabkan faktor genetik, tetapi ada juga beberapa faktor lain yang menjadi penyumbang kepada proses penuaan ini.


Apa yang anda lakukan seharian secara automatik terkesan kepada tubuh, baik dari segi pemakanan, senaman dan juga aktiviti harian yang lain. Di sini kami kongsikan 8 kebiasaan yang patut anda elakkan untuk sentiasa kelihatan muda.


1. Diet Rendah Lemah 

Ramai orang menghindari lemak kerana risau tentang masalah berat badan, sedangkan tubuh kita sebenarnya memerlukan lemak untuk mencegah kedutan. Asid lemak omega 3 sebenarnya sangat penting untuk mendapatkan kulit yang lembut dan rata.

Kesilapan dalam diet rendah lemak ini boleh mengakibatkan kulit kehilangan lemak baik yang diperlukan tubuh, secara langsung ia menjadi faktor penuaan pada kulit.

2. Minum Dengan Penyedut (Straw)

Tabiat ini patut dielakkan. Kami percaya minum menggunakan penyedut sudah menjadi satu kebiasaan, lebih-lebih lagi ketika minum minum di dalam tin atau kotak.

Minum menggunakan straw atau penyedut ini memaksa bibir anda bergerak dan bahagian sekitar mulut tertarik. Kebiasaan ini boleh menyebabkan bahagian bibir dan mulut mudah berkedut, hal yang sama juga kepada perokok. Jadi minum terus dari gelas lebih baik dari minum menggunakan straw. Ia akan berlaku jika kita kerap minum dengan cara ini. Ini kerana sewaktu mengecutkan bibir, ia memberi kesan timbulnya garis-garis kedutan di sekitar bibir.

3. Posisi Duduk

Ini juga perkara penting untuk diketahui. Duduk dalam keadaan posisi yang buruk boleh memberi kesan terhadap tubuh anda, contohnya seperti duduk dalam keadaan menyendeng di atas sofa.

Kebiasaan ini boleh menyebabkan otot dan tulang menjadi tengang. Kesannya, dalam jangka masa panjang tubuh anda akan membengkok. Kalau tak mahu cepat bongkok elakkan tabiat ini. Serius!.

Begitu juga jika kita dengan menundukkan kepala sewaktu membaca atau melayan gajet. Jika dilakukan terus menerus dalam tempoh masa yang lama maka beban yang timbul di leher akan memberatkan juga kulit pada bahagian dagu yang akan menyebabkan ia kendur.

4. Tidak Memakai Krim Pelindung Wajah (Sunblock/ UV Krim)

Tahukah anda terdedah pada sinar matahari selama lima hingga 10 minit saja tanpa menggunakan krim pelindung sinar matahari sudah cukup untuk merosak sel-sel kulit.
Lebih tepat lagi, ia tak hanya merosaknya sel-sel kulit, menyebabkan timbul tanda penuaan seperti kulit kering, berkedut dan bintik hitam saja, tapi juga berisiko untuk terkena kanser kulit!

Kerap terdedah kepada sinaran UV (ultra violet) juga boleh menyebabkan penuaan pada kulit. Anda boleh gunakan losyen pelindung matahari (sunblock) untuk melindungi kulit anda dari terkena sinaran UV, sabaiknya guna setiap hari walaupun cuaca mendung.

5. Penghawa Dingin (Air Conditioner)

Cuaca panas mendorong anda terdedah kepada penghawa dingin, tidak kira di pejabat, di rumah ataupun di dalam kereta. Terlalu kerap terdedah kepada penghawa dingin juga tidak elok. Ia boleh menyebabkan kulit anda cepat kering, jadi pastikan suhu bersesuaian dan tidak terlalu sejuk.

6. Gula

Ya, semua orang tahu gula memang membahayakan kesihatan tetapi ada lagi yang lebih bahaya dari gula, iaitu stress! Stress atau tekanan ini juga tidak baik untuk kesihatan tubuh kita.

Tahukan anda, makanan manis seperti coklat mampu mengurangkan stress? Jadi tidak salah sekali-sekali beri ganjaran untuk diri anda. Jika cara ini boleh mengurangkan tekanan, kenapa tidak?

7. Tonton Televisyen

Dalam satu kajian menyatakan setiap dari 1 jam daripada waktu yang dihabiskan menonton televisyen, harapan hidup kita berkurang sebanyak 22 minit. Pakar mentafsirkan iaitu ketika duduk di atas sofa. Jadi bangunlah setiap dari 1/2 jam dan berjalan kaki.

8. Kurang Tidur

Manusia bukan robot, badan juga memerlukan rehat yang secukupnya. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur setiap hari. Kurang tidur atau kurang rehat boleh menyebabkan anda lebih cepat terasa letih dan ‘pendek usia’.

Pakar menyarankan untuk tidur lebih cepat apabila badan anda terasa letih atau kurang bertenaga. Rehatkan badan anda secukupnya, tapi jangan pula terlebih tidur. Jangan lupa, tidur di tempat kerja di dalam waktu bekerja juga tidak baik untuk gaji anda.

9. Membersihkan Wajah Secara Berlebihan

Kulit yang terasa ketat selepas dicuci dianggap bersih, namun itu juga bermakna minyak semula jadi yang berfungsi melembapkan kulit dan memastikannya elastik sudah hilang.

Bagi kulit kering cukup membersihkannya sekali sehari pada waktu malam dengan susu pembersih manakala untuk kulit kombinasi ataupun berminyak dua kali pada sebelah pagi dan malam dengan pembersih yang lembut.

10. Menggunakan Serum atau Krim dengan Gerakan dari Atas ke Bawah

Kulit memang secara semula jadi makin mengendur dan jika setiap hari ditarik dari atas ke bawah semasa membersih dan melembapkannya ia akan mempercepatkan lagi proses pengenduran.

Tindakan ini juga turut mempercepat kemunculan kedutan terutama sekitar mata. Jadi sewaktu merawat wajah pastikan anda melakukannya dengan gerakan ke atas, dari dagu ke arah dahi.

11. Tidak Minum Air Yang Cukup

Minum air yang cukup akan membantu kulit berseri dan lebih muda kerana racun atau toksin dikeluarkan dari kulit. Jadi sebaiknya minum air putih paling tidak lapan gelas sehari.



Selepas mengamalkan set exclusive DMSONE, pelanggan bukan sahaja semakin tampak muda tetapi jeragat/ bintik hitam semakin berkurangan


Pengamalan konsisten supplemen Glutak bukan sahaja berjaya mencerahkan kulit pelanggan malahan beliau semakin awet muda dan bertambah seri walau sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata


Dermax Superskin360 bukan sahaja mengedarkan produk kecantikan luaran semata-mata tetapi turut menghasilkan produk supplemen yang bagus untuk kecantikan dari dalam. Untuk wanita khususnya, DMS mempunyai set penjagaan rawatan wajah lengkap, supplemen dan jamu untuk menstabilkan hormon anda. 


Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk DMS360 boleh whatsapp 018-9100 852. 

Dah Cuba Pelbagai Cara Kuruskan Badan Tetapi Gagal? Baca Untuk Tahu Cara Betul Kuruskan Badan

Kenali jenis gemuk, buang habit punca gemuk & pelajari tips kurus cepat


Ramai mengeluh apabila melihat diri sendiri di hadapan cermin, melihat rakan-rakan yang ramping mahupun melihat gambar-gambar lama sewaktu muda-mudi dahulu. Alangkah bahagianya jika dapat menurunkan berat badan. Bukan sahaja badan lebih ringan, malah tidaklah berat mengendong beban lemak dan terpaksa menutup badan dan malu setiap kali berhadapan dengan rakan lain. Jika sudah berkahwin, mulalah hilang keyakinan diri pada suami dan anak-anak pula.


Tetapi jika azam sahaja yang lebih, tiada usaha ke arah menurunkan berat badan malah malas pula. Tidak akan jadi jugakkan? Bercakap tentang kurus ni, anda sendiri kenal tak jenis kegemukan yang anda alami??


APA YANG ANDA TAHU TENTANG GEMUK?



Selalunya kita akan dikategorikan sebagai gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. ATAUPUN cara mudah nak tahu berat badan ideal kita adalah dengan kira BMI (Body Mass Index). X tahu cara nak kira? click BMI CALCULATOR ni. Ok, dah tahu tak BMI uols berapa ??

Cara Mudah Melihat Graph BMI. Di Manakah Anda?


Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dan jadilah lemak. Makin kita berusia, metabolisme badan dan hormon kita sebagai wanita semakin rendah mengakibatkan agak sukar untuk berat turun. Sebab tu kena amalkan senaman dan suplemen supaya hormon dan metabolisma kita sentiasa dlm keadaan baik. Nak tahu berapa kalori yang badan kita perlukan ?? click JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN ni. Dari situ kita boleh anggar kalori yang badan kita perlukan untuk elak lemak berkumpul. Ok bagi yg mmg ZERO pasal berapa kalori yg ada dlm makanan tu blh click KALORI MAKANAN HARIAN


Selalunya kaum wanita sangat menitikberatkan soal gemuk vs. kurus ni. Tapi bukan maksud kaum Adam tidak ambil peduli. Cuma nk bgtahu perempuan ni dia ‘sedikit’ obses dengan kecantikan dan dia boleh jadi sangat down bila dengar perkataan gemuk tu. Stress sangat sampai rasa nak terbalik dunia ni. Bila stress sebenarnya akan menyebabkan perut membuncit dan lagi lambat kurus. Sekarang, jangan stress-stress. Selagi masih hidup sihat walafiat selagi tu masih ada peluang untuk kuruskan badan. Tapi sebelum tu kita kena tahu dulu kita ni tergolong dlm kategori gemuk yang mana satu. Sbb bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okey jom scroll kat bawah ni. 


Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu:

Jenis-Jenis Gemuk:

1. Jenis Gemuk Daging

  • Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk daging terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
  • Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging.
  • Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah boleh.
KELEBIHAN & KEKURANGAN : 

Gemuk daging jenis gemuk ini agak susah nak turunkan berat badan dan mengambil masa yg lama nak capai berat badan ideal. Tetapi jgn bimbang, biar lambat asalkan selamat. Kelebihanya ialah, apabila kurus badan anda tidak mengalami lebihan daging yg terlalu ketara.


2. Jenis Gemuk Air

  • Gemuk air terjadi bila badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh.
  • Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air.
  • Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan.
  • Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

KELEBIHAN & KEKURANGAN : 

Gemuk air paling mudah kurus. Dengan sedikit bantuan aktiviti senaman 3 kali seminggu dan diet pemakanan yg seimbang anda mampu turun lebih banyak dari mereka yg mengalami masalah gemuk daging & angin. Namun, apabila anda kurus rata-rata akan mengalami masalah lebih daging yang ketara. Senaman memejalkan bahagian badan sangat penting untuk membentuk badan lebih firm selain pengambilan makanan yg tinggi protein


3. Jenis Gemuk Angin

  • Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit.
  • Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… yg ni bahaya sikit hehe..Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
KELEBIHAN & KEKURANGAN : 

Gemuk angin adalah seperti gemuk air. Mudah untuk kurus. Tetapi perutnya sangat sensitif dan kena berhati-hati memilih makanan. Badan jenis gemuk angin cenderung sembab tetapi lampung bila dipicit. Apabila kurus, badan kelihatan kecut. Pengambilan makanan tinggi protein bagus untuk membina otot semula.


4. Jenis Gemuk Lemak Tepu

  • Gemuk lemak tepu boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak.
  • Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

Bila dah tahu mana satu jenis gemuk badan kita, maka mudahlah nak pantau dan pantang larang sekali. Jadi, boleh potong mana-mana perkara atau makanan yang boleh menyebabkan kita ni naik berat badan!


Jika bersenam, ada yg akan alami penurunan berat badan tak ketara. Tetapi hakikatnya mengalami penurunan yg ketara jika dilihat dari mata kasar. Jadi jangan risau dengan skala penimbang. Yg penting luaran nampak langsing. Tambahan, jika kita kehilangan otot dan bukannya lemak, kita akan cenderung cepat gemuk semula dan kelihatan flabby

Saya kongsikan amalan atau rutin tidak sihat yang menyumbang kepada kegemukan ok! Boleh check sama ada anda tergolong dalam rutin ni atau tidak.


1.   SAY NO TO SODA! Be MORE LESS OF SUGAR INTAKE

Air soda dan kotak tu tinggi kandungan gula. Tahu tak sekotak air minuman kadangkala mengandungi lebih 3 sudu gula ! Semut pun geleng kepala.. Juga sehari tu kurangkan lah minum air manis. Banyakkan air masak!





2.  TIDAK AMALKAN BERSARAPAN/ BREAKFAST

Tahukah anda? Bila korang melambatkan sarapan, risiko untuk korang makan banyak masa lunch adalah tinggi. Sebab perut dah dibiarkan lapar untuk masa yg lama jadi kita cenderung akan makan amount yg banyak masa lunch. Tidak mengapa mulakan pagi dengan pemakanan berat dan bila makan tengah hari hanya ambil makanan yang ringan dan kurang kalori. Itu lebih baik


3.   MAKAN NASI BERSULAM AIR MANIS

Makan sambil minum air menyumbang kepada buncit. Sebaiknya minum sekurangnya 2 gelas air kosong. Sekaligus akan rasa kenyang sikit. Jadi kita akan makan kurang. Malangnya ramai yang makan dulu baru minum air kan


4.   MALAS BERSENAM
 
Terlalu ramai berikan alasan tidak boleh bersenam atau tiada masa! Kalau nak kurus cantik haruslah bersenam. Banyak senaman ringan yang anda boleh amalkan. Kita nak kurus ni biarlah lemak hilang malah tidak gelebeh. Kan buruk bila kurus tetapi lemak masih gelebeh sana sini. Tiada benda mudah dalam dunia ni. Untuk dapatkan body yang lean, kemas dan terbentuk cantik WAJIB bersenam. Ringkas pun dah memadai yg penting konsisten. 


5.  HEAVY LATE NIGHT SNACK / KUDAPAN

Yang ni rutin rakyat Malaysia yang paling susah nak dibuang. Suka makan lewat malam, makan pulak burger, roti canai, meggi kari..perghh matilanakkk.. selalunya dah lepas pukul 8 mlm tu kita dah tidak buat aktiviti berat. Duduk umah je, xpun lepak di kedai mamak. So, confirm apa yang kita makan tu akan tersimpan sebagai lemak. Jadi kalau lapar sangat ganti dengan benda lain mcm kacang atau buah-buahan. 


6.  TIDAK SUKA FRUIT & VEGGIE

Last but not least, green is good. Maksud green kat sini adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia akan buat kita full lebih lama + kalori sgt rendah. Tapi kat Malaysia ni ramai tak suka sayur dan buah. Siap asing tepi kalau ada ada secebis pun.. haisshhhh.. 


BOLEH KE KURUS CEPAT & NAMPAK KESAN ?


Ok, mmg ramai di dunia ni kalau boleh bangun esok timbang je dah turun 10kg. Tapi, benda ni adalah mustahil especially bila nak diet tapi selera masih selori. Setelah kajian dibuat, akhirnya ada tumbuhan semulajadi yg mmg hebat & berfungsi seperti mengawal selera makan, membuatkan kita bertenaga walaupun kurang makan, kurang rasa nak mengunyah serta bantu kita mudah ke tandas. Ya, bila kita susah ke tandas biasanya kita akan kumpul banyak toksin. Makan suplemen apa pun tak berfungsi sbb body tak serap. 


TUMBUH-TUMBUHAN
PENERANGAN
Beras Perang

  • Beras perang sangat baik dimakan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Ia mengandungi:
  • MINERAL MAGNESE yg penting untuk kesihatan. (1 cawan beras perang = 88% magnesium utk tubuh). Ia membantu engekalkan berat badan yang ideal. Mengawal sistem saraf dan mengawal paras kolestrol badan.
  • SELENIUM DAN FIBER : Anti kanser. Menurunkan kolestrol dalam badan. baik untuk wanita menopause untuk menjaga jantung dan darah tinggi. mengurangkan penyakit kencing manis  jenis 2.
  • Vitamin B1, B2, B6, Zat Besi, Fostat, Kalsium.
Herba Chia Seed

  • Mirip biji selasih, tetapi bukan selasih sebaliknya dari keluarga sage (salvia hispanica). ‘Chia’ berasal dari suku kata Maya yang bermaksud kekuatan.
  • Masyrakat suku Aztec, Maya dan Inca zaman dahulu mengamalkan biji seed untuk meningkatkan daya ketahanan dan tenaga tubuh badan mereka.
  • Kaya dengan lemak Omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan dan paras kolestrol.
  • Biji Chia terbukti menjaga tekanan darah dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) sehingga mampu menurunkan kolesterol buruk (LDL) dan trigliserida.
  • Biji Chia juga mampu menyerap 10 kali air yang masuk ke dalam tubuh untuk membentuk sel yang baik untuk diet.
Acai Berry

  • Kebaikan Acai Berry:
  • meningkatkan tahap tenaga : digunakan atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana ia mempunyai banyak nutrisi, terutamanya lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga.
  • Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids) yang mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol).
  • Indek glisemik yang rendah dalam Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan.
Licorice Root
  •  Berkesan menurunkan lemak dalam badan. Komponen asidglycyrrhetinic dalam Licorice Root berkesan dalam mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol dalam badan manusia.
  • Mengandungi fiber yang tinggi mampu membantu menurunkan kolestrol.
  • Digalakkan penggunaannya bagi yang mengalami masalah sembelit



Ekstrak Alfalfa

  • Membantu membersihkan racun dalam darah ataudetoxsifikasi. (perubatan Cina).
  • Mengubati masalah pencernaan (perubatan India).
  • Melancarkan pembuangan air kecil (perubatan Eropah).
  • Mengandungi vitamin (A, C, K, B1, B2, B3, B5, B6) & mineral (kalsium, besi, magnesium, fostor, tembaga dan seng) yang lengkap.
  • Klorofil Alfafa digunakan untukmengubati kanser, radang, anemia, sembelit, antibakteria, pembersih racun, penyeimbang nutrisi  dan meneutralkan Asid Dalam Badan.
  • Merawat penyakit usus, buah pinggang, kencing manis, melawaskan usus, ulser.
  • Mengandungi enzim yang membantu : penghadaman, pencernaan, kembung perut, ketidakselesaan abdominal.
Garcinia Cambogia @ Asam gelugur

  • Mengandungi asid sitrik, asid tartaric, asid malic, asid askorbic, asid hidroksi sitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral.
  • Asid askorbiknya berperanan sebagai anti bakeria.
  • Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat membantu menurunkan darah tinggi,kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
  • Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagaiantioksidan dan awet muda.
  • Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesanmembantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia.
Hoodia Gordini

  • Tumbuhan yang hidup di gurun Kalahari di Africa.
  •  Komponen dalam Hoodia bertindak seakan Glukosa atau Pseudo-Glucose, tetapi lebih hebat lagi. Ia menghantar isyarat kepada otak manusia bahawa perut sudah kenyang dan tidak menginginkan makanan lagi.
  • Secara tidak langsung otak akan memproses isyarat tersebut dan mematikan selera makan sekaligus membantu pembakaran lemak berlaku. 
  • Hal ini kerana apabila tiada makanan dalam perut maka badan terpaksa membakar lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga.
Citrus Auratium @ bitter orange

  • Component Synephrine dalam Citrus Auratium berfungsi sebagai pembakar lemak yang turut membantu menurunkan selera makan, meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma dalam badan.


Teh hijau


  • Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA. 
  • Mengekalkan memori :antioksidan dalam teh hijau mampu mengekalkan kecergasan memori dan otak bagi mereka yang mengalami masalah kognitif, kerana antioksidan dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf dalam otak.
  • Meningkatkan pembakaran lemak : kandungan Catechin dlm teh hijau berupaya meningkatkan pembakaran lemak walaupun kita tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan.

Ini antara senarai tumbuh-tumbuhan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Tapi ada antara tumbuh-tumbuhan ni sukar didapati di supermarket atau Malaysia. DMS360 sendiri pun ada keluarkan produk pelangsingan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang dinyatakan kat atas tu. 


DMS360 mempunyai 3 produk yang mampu membantu badan anda lebih kurus, buang toksin dan kawal nafsu makan yang susah nak dikawal tu. 


1. Fat Loss : Ialah produk berasaskan herba yang menurunkan berat badan dan mampu membina otot anda. Mereka yang sesuai mengambil jamu Fat Loss ialah jenis gemuk angin dan air. 


KANDUNGAN FAT LOSS

1. GUARANA - Sejenis tumbuhan di kawasan Afrika yg dipercayai sebagai tumbuhan magic sbb boleh membuatkan mereka merasa kenyang walaupun tidak makan seharian ketika waktu peperangan berlaku. Menurut kajian,guarana juga berkemampuaan utk membakar lemak. sbb tu korang cepat kenyang

2. MUSTARD - Sejenis rempah untuk menghangatkan tubuh.certain consumer akan rasa berpeluh2 mcm sauna kan??

3. RHEI RADIX - Dikenali sebagai kelembak utk merawat sembelit dan melancarkan sistem penghadaman sbb tu ramai yg dulunya susah membuang dah rajin membuang

4. ROYAL JELLY - Pembentukan semula kolagen kulit sbb tu bila da kurus,xbanyak menggeleber, kulit pun tegang sikit gituuuu

5. AMYLUM - Menjaga keseimbangan asam basa (asid dan alkali) dalam tubuh

6. CURCUMA RHIZOMA - Temulawak, sebagai anti kolestrol dan anti radang

7. GARCIFIA CAMBOGIA - Asam keping, mengelakkan lemak dari berkumpul

8. RADIX ANGELICEGE - Rempah untuk mengatasi masalah kekurangan darah,mengatur haid dan merawat senggugut

9. ZINGBERIS RHOZOMA - Halia, kompem korang tau terkenal utk membuang angin

10. RHIZOMA ATRACTILODIS - herba cina utk mengawal selera makan


2. Fat Away Choco Burner : Ialah produk berasaskan koko dan tumbuhan organik yang mampu membakar lemak, menyingkirkan toksin sambil mencantikkan kulit. Fat Away sesuai untuk mereka yang jenis lemak daging dan lemak tepu, namun jika anda lemak air atau angin boleh juga mencubanya. 

KANDUNGAN FAT AWAY

1. SERBUK KONJAC - melindungi/mengurangkan penyakit berkaitan system usus,serta membersihkan dinding perut

2. KACANG GINJAL PUTIH - agen penyerap perisa dalam makanan,kaya dengan serat dan nutrienst yang membekalkan minerals,vitamin dan protein dapat memberi rasa kenyang yang lama

3. MANGGA AFRIKA - tinggi serat,zat garbonesis irvingia bantu kontrol produksi enzim leptin yang mana boleh kawal otak kita dari fikir tentang lapar

4. EKSTRAK TEPUNG BUAH - sumber prebiotik,kandungan karbohidrat yang tinggi

5. TEH HIJAU - khasiat yang sangat bagus untuk penurunan berat badan,mengawal gula serta rendah kafein,mencantikkan kulit,jika anda kurus kulit tidak menggeleber

6. KOPI HIJAU - 3X ganga kesan penurunan berat badan,pantas membakar lelemak tepu!

7. SERBUK GANDUM SERBUK COKLAT - pengganti kabo yang tinggi serat

8. GRACINIA CAMBOGIA - atau asam keping,sudah tentu agen yang mengelakkan lemak dari berkumpul dan tepu!

3. De Clen Detox Fibre : Ialah produk mencuci usus dan badan kita dari toksin. Sangat bagus diamalkan untuk kembalikan usus yang sihat dan kemudian anda boleh mengamalkan suplemen atau ubatan dengan lebih berkesan. De Clen memberikan kesan yang mujarab untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, tidak lawas dan usus tidak rajin bekerja lagi. Untuk kesan terbaik, amalkan dahulu De Clen kemudian ambil Fat Loss atau Fat Away. 


Fungsi:

- Membuang lemak berlebihan
- Mengurangkan kadar kolestrol
- Meningkatkan metabolisma lemak
- Menyelesaikan masalah perut buncit, sembelit & obesiti
- Membuang toksin daripada kolon dan mengawal fungsi usus serta mengelakkan daripada sembelit
- Menyerap lemak berlebihan dlm badan

RAMUAN

- Serbuk Pra Campuran Beri
- Fruktosa
- Protein Soya
- Serabut Gandum
- Serat Larut Air
- Fruktolisagasarida
- Garcinia Cambogia
- L-Karnitin
- Asid Sitrik
- Susu Thistle
- Rumput Barli
- Ektrak Teh Hijau
- Lidah Buaya


Setiap produk DMS mempunyai fungsi khusus untuk membantu anda mencapai berat ideal. Untuk kombo, anda boleh pilih anda Kombo De Clen dan Fat Loss atau De Clen dan Fat Away. Tidak digalakkan untuk mengambil serentak Fat Loss dan Fat Away. 


Harga Produk-produk ini ialah:

Fat Loss = RM 100/ 30 biji 
Fat Awat = RM 120/ 21 biji
De Clen Detox = RM 150/ 15 sachet

Harga Kombo Kurus DMS:

Kombo De Clen + Fat Loss = 5% off dan FREE Postage
Kombo De Clen + Fat Away = 5% off dan FREE Postage


Mari Lihat Testimoni Berjaya Kurus dengan Produk DMS360












Untuk tempahan boleh terus whatsapp ke hotline 018-9100 852. Boleh dapatkan konsultasi sebelum pembelian jika ada ragu-ragu.

Friday, 23 February 2018

Borong DMS360 Original dengan Stokis Sah DMS




Berita Baik! Bagi mereka yang nak mendapatkan produk DMS yang original melalui kami boleh terus hubungi kami di talian 018-9100 852.


Produk DMS tidak dijual di mana-mana kedai jamu dan kosmetik atau di supermarket.


Produk DMS hanya diedarkan oleh agen yang telah berdaftar dengan syarikat Dermax Superskin 360. Awas dengan produk tiruan DMS yang terlalu banyak dipasaran. Pastikan anda berurusan dengan wakil agen sah yang betul dan bukan menipu kalian ya.


Insha Allah, sesiapa sahaja yang nak dapatkan produk DMS sama ada untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan mahupun bisnes tetapi rasa sukar nak dapatkan produk DMS ni boleh terus hubungi talian kami :)


Saya senaraikan produk DMS yang available dan ready stok di stokis kami ya. Berikut adalah harga terkini dan sah dari HQ DMS360. Untuk belian secara borong, boleh terus whatsapp kami. Kami akan berikan sebut harga berdasarkan tempahan kalian ya. Boleh campur semua produk DMS.


Senarai produk DMS360.



Set Asas dan Penjagaan Wajah

1. DMS360 (DMS Viral) RM139.00
2. Glowing Speed (GS Viral) RM170.00
3. 5in1 DMSONE Exclusive RM200.00
4. DMS56 Exclusive RM139.00


Serum


5. Serum Glowing RM100.00
6. Serum Stemcell Plus 2+1 RM156.00

Foundation



10. 4d Foundation RM120.00 *NEW*
11. 5d Foundation RM100.00
12. CC Hybrid Foundation RM100.00

Produk kuruskan badan



13. Fat Loss RM100.00/ 30 biji
14. Fat Away RM120.00/ 21 biji
15. De Clen Detox Fibre RM150.00/15 sachet

Kesihatan dan Aset Wanita



17. Miss Me RM100.00/60 biji
18. Kopi Monatox RM75.00/ 15 scht
19. Kopi Pink RM90.00/ 15 scht

Kesihatan lelaki



20. Kopi Aumm RM120.00

Loose

23. Sabun DMS360 RM40.00 40g
24. Sabun Glowing Speed RM55.00 50g
25. Sabun DMSONE Exc RM40.00 50g

Supplement Kecantikan



26. Pearlaqueen RM150.00
27. Glutax RM100.00

Kesihatan

28. Cell Pro HD1000 RM120.00
29. Protive RM150.00

Friday, 9 February 2018

Stemcell Plus 2 + 1 Terbaru Pengganti Stemcell Apple dan Emas Yang Lama!

Assalamualaikum, sudah seminggu produk stemcell plus ini di pasaran. Ianya bukanlah produk baru tetapi diberikan nama dan packaging berikutan keluarnya produk fake bagi kedua-dua stemcell DMS. Alhamdulillah, anda sudah boleh mendapatkan produk ini di agen-agen sah mahupun stokis DMS.

Stemcell Plus 2+1 menggabungkan kedua-dua produk stem cell DMS iaitu Stem Cell Apple Swis dan Stem Cell Apple Swiss dengan 24K gold Flakes. Anda akan dapat 5 botol Stem cell apple dan 5 botol stemcell 24k gold dalam 1 kotak ini.

Stemcell Plus 2+1 DMS :

Harga RM156
Percuma postage Semenanjung/ + RM5 Sabah Sarawak.

Kini, anda boleh miliki 2 set stem Cell DMS pada harga jimat. Ucapkan selamat tinggal kepada kulit rosak dan miliki kulit cantik menawan serta awet muda 2x lebih bagus dari 1 set stemcell sahaja.


Cara guna Stemcell Plus 2+1;

Minggu pertama: Guna sebotol Stem Cell Apple
Minggu kedua: Guna sebotol Stem Cell 24k Gold

Berikutnya selang-selikan penggunaan kedua stemcell DMS ini setiap hari.

Nota: Stemcell merupakan serum anti-aging (anti penuaan) oleh itu serum ini dipakai waktu malam sahaja ya.

Selepas penggunaan serum stemcell, anda boleh memakai krim malam anda pula :)


Dapatkan Stemcell Plus 2+1 hari ini! Dan alami perubahannya seawal 3 hari :)

Whatsapp ke 018-9100 852


Thursday, 1 February 2018

6 Cara Kawal Nafsu Makan Yang Pasti Berkesan!

Cara Mengawal Nafsu Makan adalah seperti berikut: 

1.   Minum air putih dengan  lebih banyak

Ramai di antara kita yang tidak dapat membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

Adakalanya anda merasakan perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Anda kemudian mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh.  Untuk mengatasinya, anda harus selalu bersedia dengan air putih sebagai ‘jalan selamat’ jika anda terasa ‘lapar’.

 
2.   Bersenam

Buang jauh-jauh anggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan anda berasa semakin lapar; bersenam justeru akan membantu mengurangi nafsu makan!
 

3.   Jangan lambat bersarapan!

Dalam menjalani aktiviti harian anda, sarapan sangat penting.  Jadi, jangan lengah-lengahkan waktu sarapan pagi. Jika anda tidak bersarapan, anda akan berasa sangat lapar. Kesudahannya,  anda akan menmakan tengahari dengan jumlah lebih banyak. Perkara ini tidak baik bagi tubuh. Dengan bersarapan, maka metabolism tubuh anda akan bekerja lebih awal, dan membuatkan anda berasa lebih lama kenyang.


4.  Pengambilan protein ketika sarapan

Protein membantu anda mempertahankan energi dan tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh sebab itulah, sebaiknya ambil makanan yang rendah kalori namun berprotein tinggi ketika bersarapan pagi.
 

5. Pengambilan teh

Anda gemar ‘makan-makan’ , terutama makanan ringan seperti kerepek atau coklat pada petang hari atau ketika anda berasa bosan/stress? Ganti kebiasaan ‘makan-makan’ dengan minum teh hijau panas. Ekstrak teh hijau akan meningkatkan ‘norepinefrin’(hormone yang meningkatkan pengeluaran kalori) pada taraf sel sehingga pengeluaran kalori dapat ditingkatkan. Selain itu, teh hijau juga dapat meningkatkan metabolisme lemak, pengeluaran kalori dan penurunan berat badan.
 

6.  Makan dengan teratur

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari menjadi satu kesalahan, Yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit. Perkara ini akan menghindarkan anda daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan anda makan lebih banyak.


Hah!

Dah tahu 6 Cara Kawal Nafsu, jomlah kita cuba amalkan sekurang-kurangnya 3 daripadanya. Mulakan secara perlahan dan jadikan habit anda yang terbaik!

Bukan mudah tetapi ianya pelaburan yang bagus untuk kuruskan badan, serta kekal sihat.