Saturday, 24 February 2018

11 Perkara Yang Buat Wajah Anda Lebih Cepat Tua! Baca Untuk Hindari Tabiat Buruk Ini

Kenapa Seseorang Jadi Cepat Tua?




Kulit wajah adalah sebagian tubuh yang sensitif dan paling mudah mengalami penuaan. Kemunculan garis halus, bintik hitam pada kulit adalah antara tanda-tanda kulit kita mula mengalami penuaan.


Proses ini juga boleh terjadi pada usia kita masih muda. Jika anda sudah mengalami tanda-tanda penuaan ini, ada baiknya menghindari beberapa perkara yang selalu dilakukan ini yang sebenarnya secara tak sedar menyebabkan kulit cepat berkedut dan kendur.


Pernah tak anda ditegur kelihatan lebih tua dari usia sebenar? Kebiasannya adalah disebabkan faktor genetik, tetapi ada juga beberapa faktor lain yang menjadi penyumbang kepada proses penuaan ini.


Apa yang anda lakukan seharian secara automatik terkesan kepada tubuh, baik dari segi pemakanan, senaman dan juga aktiviti harian yang lain. Di sini kami kongsikan 8 kebiasaan yang patut anda elakkan untuk sentiasa kelihatan muda.


1. Diet Rendah Lemah 

Ramai orang menghindari lemak kerana risau tentang masalah berat badan, sedangkan tubuh kita sebenarnya memerlukan lemak untuk mencegah kedutan. Asid lemak omega 3 sebenarnya sangat penting untuk mendapatkan kulit yang lembut dan rata.

Kesilapan dalam diet rendah lemak ini boleh mengakibatkan kulit kehilangan lemak baik yang diperlukan tubuh, secara langsung ia menjadi faktor penuaan pada kulit.

2. Minum Dengan Penyedut (Straw)

Tabiat ini patut dielakkan. Kami percaya minum menggunakan penyedut sudah menjadi satu kebiasaan, lebih-lebih lagi ketika minum minum di dalam tin atau kotak.

Minum menggunakan straw atau penyedut ini memaksa bibir anda bergerak dan bahagian sekitar mulut tertarik. Kebiasaan ini boleh menyebabkan bahagian bibir dan mulut mudah berkedut, hal yang sama juga kepada perokok. Jadi minum terus dari gelas lebih baik dari minum menggunakan straw. Ia akan berlaku jika kita kerap minum dengan cara ini. Ini kerana sewaktu mengecutkan bibir, ia memberi kesan timbulnya garis-garis kedutan di sekitar bibir.

3. Posisi Duduk

Ini juga perkara penting untuk diketahui. Duduk dalam keadaan posisi yang buruk boleh memberi kesan terhadap tubuh anda, contohnya seperti duduk dalam keadaan menyendeng di atas sofa.

Kebiasaan ini boleh menyebabkan otot dan tulang menjadi tengang. Kesannya, dalam jangka masa panjang tubuh anda akan membengkok. Kalau tak mahu cepat bongkok elakkan tabiat ini. Serius!.

Begitu juga jika kita dengan menundukkan kepala sewaktu membaca atau melayan gajet. Jika dilakukan terus menerus dalam tempoh masa yang lama maka beban yang timbul di leher akan memberatkan juga kulit pada bahagian dagu yang akan menyebabkan ia kendur.

4. Tidak Memakai Krim Pelindung Wajah (Sunblock/ UV Krim)

Tahukah anda terdedah pada sinar matahari selama lima hingga 10 minit saja tanpa menggunakan krim pelindung sinar matahari sudah cukup untuk merosak sel-sel kulit.
Lebih tepat lagi, ia tak hanya merosaknya sel-sel kulit, menyebabkan timbul tanda penuaan seperti kulit kering, berkedut dan bintik hitam saja, tapi juga berisiko untuk terkena kanser kulit!

Kerap terdedah kepada sinaran UV (ultra violet) juga boleh menyebabkan penuaan pada kulit. Anda boleh gunakan losyen pelindung matahari (sunblock) untuk melindungi kulit anda dari terkena sinaran UV, sabaiknya guna setiap hari walaupun cuaca mendung.

5. Penghawa Dingin (Air Conditioner)

Cuaca panas mendorong anda terdedah kepada penghawa dingin, tidak kira di pejabat, di rumah ataupun di dalam kereta. Terlalu kerap terdedah kepada penghawa dingin juga tidak elok. Ia boleh menyebabkan kulit anda cepat kering, jadi pastikan suhu bersesuaian dan tidak terlalu sejuk.

6. Gula

Ya, semua orang tahu gula memang membahayakan kesihatan tetapi ada lagi yang lebih bahaya dari gula, iaitu stress! Stress atau tekanan ini juga tidak baik untuk kesihatan tubuh kita.

Tahukan anda, makanan manis seperti coklat mampu mengurangkan stress? Jadi tidak salah sekali-sekali beri ganjaran untuk diri anda. Jika cara ini boleh mengurangkan tekanan, kenapa tidak?

7. Tonton Televisyen

Dalam satu kajian menyatakan setiap dari 1 jam daripada waktu yang dihabiskan menonton televisyen, harapan hidup kita berkurang sebanyak 22 minit. Pakar mentafsirkan iaitu ketika duduk di atas sofa. Jadi bangunlah setiap dari 1/2 jam dan berjalan kaki.

8. Kurang Tidur

Manusia bukan robot, badan juga memerlukan rehat yang secukupnya. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur setiap hari. Kurang tidur atau kurang rehat boleh menyebabkan anda lebih cepat terasa letih dan ‘pendek usia’.

Pakar menyarankan untuk tidur lebih cepat apabila badan anda terasa letih atau kurang bertenaga. Rehatkan badan anda secukupnya, tapi jangan pula terlebih tidur. Jangan lupa, tidur di tempat kerja di dalam waktu bekerja juga tidak baik untuk gaji anda.

9. Membersihkan Wajah Secara Berlebihan

Kulit yang terasa ketat selepas dicuci dianggap bersih, namun itu juga bermakna minyak semula jadi yang berfungsi melembapkan kulit dan memastikannya elastik sudah hilang.

Bagi kulit kering cukup membersihkannya sekali sehari pada waktu malam dengan susu pembersih manakala untuk kulit kombinasi ataupun berminyak dua kali pada sebelah pagi dan malam dengan pembersih yang lembut.

10. Menggunakan Serum atau Krim dengan Gerakan dari Atas ke Bawah

Kulit memang secara semula jadi makin mengendur dan jika setiap hari ditarik dari atas ke bawah semasa membersih dan melembapkannya ia akan mempercepatkan lagi proses pengenduran.

Tindakan ini juga turut mempercepat kemunculan kedutan terutama sekitar mata. Jadi sewaktu merawat wajah pastikan anda melakukannya dengan gerakan ke atas, dari dagu ke arah dahi.

11. Tidak Minum Air Yang Cukup

Minum air yang cukup akan membantu kulit berseri dan lebih muda kerana racun atau toksin dikeluarkan dari kulit. Jadi sebaiknya minum air putih paling tidak lapan gelas sehari.



Selepas mengamalkan set exclusive DMSONE, pelanggan bukan sahaja semakin tampak muda tetapi jeragat/ bintik hitam semakin berkurangan


Pengamalan konsisten supplemen Glutak bukan sahaja berjaya mencerahkan kulit pelanggan malahan beliau semakin awet muda dan bertambah seri walau sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata


Dermax Superskin360 bukan sahaja mengedarkan produk kecantikan luaran semata-mata tetapi turut menghasilkan produk supplemen yang bagus untuk kecantikan dari dalam. Untuk wanita khususnya, DMS mempunyai set penjagaan rawatan wajah lengkap, supplemen dan jamu untuk menstabilkan hormon anda. 


Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk DMS360 boleh whatsapp 018-9100 852. 

No comments:

Post a Comment