Tuesday, 15 May 2018

Tips Minum 2 Liter Air Masak Semasa Berpuasa di Bulan Ramadhan

Apabila kita berpuasa, tubuh akan kehilangan banyak cecair. Oleh itu, kita perlu memastikan pengambilan air kosong yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang telah hilang semasa kita berpuasa. Jika air yang diganti terlalu sedikit, kita mungkin akan berisiko untuk mengalami dehidrasi. Malah pengambilan air kosong tetap kritikal bagi anda yang mengambil suplemen atau ubatan dan ini merupakan salah satu cara untuk anda kekal hidrasi walaupun semasa berpuasa.

Ramai bertanya kepada saya, bagaimana cara nak amalkan 2 Liter air masak sehari terutamanya di bulan Ramadhan. Bagi pengguna DMS yang mengambil produk kurus, atau kopi dan juga supplemen kecantikan tertanya-tanya cara terbaik untuk kalian habiskan 2 liter air masak ni sepanjang bulan ramadhan.


Jika anda masih tercari-cari tips minum air banyak semasa di bulan puasa ini, saya kongsikan dengan anda di bawah.

Formula MUDAH DAN RINGKAS
2Liter AIR = 8 GELAS AIR
1 GELAS AIR = 250ml AIR


Untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 8 gelas air putih, cuba bahagi-bahagikan pengambilan air kosong mengikut masa ini :

1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
1 gelas selepas selesai makan sahur
1 gelas selepas azan maghrib, sebelum makan makanan berat
1 gelas selepas solat maghrib
1 gelas selepas makan makanan berat
1 gelas selepas solat isyak
1 gelas selepas solat terawikh
1 gelas sebelum tidur



atau anda boleh mencuba cara kedua


SAHUR – 2 GELAS AIR
BUKA PUASA – 2 GELAS AIR. Ini termasuk jus buah-buahan atau susu rendah lemak
SELEPAS TARAWIKH – 1-2 GELAS AIR
SEBELUM TIDUR – 2-3 GELAS AIR


OK, kalau kita ikut 4 langkah tersebut kita dah capai 2 Liter sehari sehari kan? Nah..!!


Cukup 8 gelas sehari semasa di bulan puasa ni. :)


Cara Amalkan Produk Kurus DMS Fat Loss dan Fat Away di Bulan Puasa


Selepas bangun tido dan ambil segelas air suam dan sedikit kurma, mula telan 1 biji Fat Loss atau Fat Away. Rehat seketika dan uruskan urusan sahur anda, rehatkan badan 30 minit dahulu kemudian bolehlah ambil makanan berat seperti nasi, dan lain-lain. Ikuti tips minum air masak semasa di bulan puasa untuk pastikan badan air kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari.


Semoga artikel ini bermanfaat!